Showing posts with label lukisan hati. Show all posts
Showing posts with label lukisan hati. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Selangkah menuju ke alam yang baru...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

8 Jun 2011 merupakan hari bersejarah buat saya dan teman-teman yang lain..Hari ini merupakan Hari Graduasi kami..Walaupun tanpa keluarga tercinta di sisi meraikan kejayaan ini dengan penuh kegembiraan,namun saya masih mempunyai sahabat-sahabat,kakak-kakak dan adik-adik yang meraikan hari istimewa kami ini.


26 Mei 2011 yang merupakan hari ulang tahun kelahiran saya,kami beramai-ramai ke jami'ah(universiti) bagi membeli jubah untuk hari konvokesyen kami..Bermula tahun lepas, pihak jamiah mewajibkan pembelian jubah konvo dengan harga JOD20 bagi sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam majlis konvokesyen universiti..Bagi pelajar kuliah syariah,jubah kami berwarna hitam dengan line berwarna hijau..


Pada mulanya saya kurang ada 'rasa' nak berkonvo..Tapi sehari sebelum konvo,baru la terasa aura konvo tu..Tambahan pula 2 hari berturut-turut sebelum konvo, saya berulang-alik ke jamiah menguruskan urusan dokumen tamat belajar..Juga melihat sahabat dari kuliah adab yang bergraduasi 2 hari sebelum kami,pelajar kuliah syariah..Sehari sebelum majlis konvokesyen,baru datang aura konvo tu..Mula mencuba jubah konvo yang besar tak agak tu..Pada mulanya rasa malas nak alter,tapi bila pakai besar sangat sampai boleh masuk 2 orang lagi,macam tak best pulak..Jadi saya pun ambil keputusan untuk alter jubah tu kat rumah mak cik arab(tukang jahit) berdekatan..Bila dah dapat saiz yang sepatutnya,baru rasa semangat nak pakai..Lepas tu nak pilih baju pulak 1 hal..Akhirnya ambil je salah satu baju..Tak payah pening-pening fikir,pakai je baju ape pun,asalkan menutup aurat dan sesuai dengan majlis..


Dan pagi 8 Jun tu,kami jalan beramai-ramai menuju ke gym khalid al-walid,tempat berlangsungnya majlis konvokesyen kami juga tempat saya berlatih netball hehe..Jam 9.00 pagi kami tiba di dewan,orang dah ramai,tapi sebab kami yang nak berkonvo,so tak jadi masalah la nak masuk..Memang ada pintu masuk khas buat khirrijin..Setiap kali majlis,hanya melibatkan 2 kuliah..Kami pelajar kuliah syariah akan bergabung dengan pelajar kuliah tarbiyah riadhiyyah..Majilis bermula jam 10 pagi,dan berakhir pada jam 10.30 pagi..Setengah jam je majlis,hebat kan??hehe..Macam tu la majlis konvo cara orang arab..Simple dan pantas..Buat benda yang wajib je..






suasana dalam gym


Bermula dengan kehadiran naib presiden dan pensyarah-pensyarah kemudian nyanyian lagu kenegaraan jordan dan lagu universiti..Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar..Sayu hati bila melihat wajah doktor-doktor yang pernah mencurahkan ilmu padaku..Menitis juga empangan air mata bila memikirkan,bila lagi aku dapat bersua muka dengan mereka-mereka yang berhati mulia ini..Moga Allah merahmati mereka,memberi keberkatan dalam hidup mereka..


Kini,aku sudahpun bergelar graduan shariah,ekonomi dan perbankan islam..Berdebar rasanya apabila memegang title ini..Bermakna ada tugasan dan misi yang lebih besar selepas  ini..Perasaan juga bercampur-baur..Gembira,sedih dan macam-macam lagi la..


Peringatan buat diri sendiri,menggenggam segulung ijazah bukanlah bermakna tamat sudah tempoh belajar..Masih banyak ilmu Allah yang belum diteroka..Dah grad pun still kena study lagi..Apa yang penting,istiqamah..


Selepas ini,bermacam-macam perancangan telah disusun..Apa-apa pun,kita perlu la merancang kan,baru la nampak tersusun..Apa nak jadi kemudian hari,tu lain cerita la kan..Allah itu kan sebaik-baik perancang..Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..

Apapun,alf mabrook buat sahabat-sahabat yang sama-sama dah berpenat lelah bagi mendapatkan segulung ijazah buat jadi kebanggaan keluarga..Ini hanyalah permulaan bagi menempuhi kehidupan sebenar..Masih banyak yang perlu kita tempuhi selepas ini..Buat adik-adik,teruskan perjuangan anda,jangan pernah lelah berusaha,kerana kejayaan itu akan rasa teramat manis apabila mengenangkan susah payah kita untuk mendapatkannya..


Terima kasih tak terhingga buat semua yang hadir meraikan kami..Tak lupa pada geng-geng netball,kak nisa,kak tenten,kak aisyah,sarah dan aqilah yang datang meraikan saya hehe..Moga kejayaan juga buat kalian nanti..All the best untuk semua..Selangkah menuju ke alam yang baru....




Tuesday, May 31, 2011

selesai sudah...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Apa khabar semua..Harapnya sihat-sihat belaka..Alhamdulillah saya juga sihat walafiat walaupun mula terkesan dengan musim panas ni..Bila datang je musim panas,saya mula la kena jaga-jaga..Tak boleh kurang minum air,nanti mula la demam..Bila dah demam,semua kerja tak jadi la kan..

Alhamdulillah,saya dah selesai final exam untuk final year..Keputusan exam pun dah keluar..Alhamdulillah,saya syukur sangat,sem terakhir ni boleh buat saya tersenyum lebar..Satu kepuasan buat diri walaupun tak la hebat kalau nak di bandingkan dengan kawan-kawan yang lain..Apa pun saya bersyukur dan bangga dengan diri saya..Tak sia-sia penat lelah saya..Allah bagi apa yang sesuai buat hambaNya..Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita,lebih dari apa yang kita tahu..

Tanggal 26 Mei 1989,jam 7.05 pagi,lahirlah seorang bayi perempuan bagi pasangan Halimah Binti Jusof dan Mohd Ludin Bin Awang Ngah..Saya lahir kat rumah je,rumah yang saya tinggal dengan family saya sekarang..Saya gembira sangat sebab saya bukan lahir di hospital macam orang lain..Sebab,hanya saya dan adik-beradik lain je yang lahir di rumah kami tu hehe..Special la kn ;-)..

26 Mei yang lepas adalah tarikh lahirnya saya ke dunia ni..Bermakna genap umur saya 22 tahun..Tua dah rasanya..Amalan tak banyak mana pun lagi..Makin bertambah umur,bermakna makin dekat dengan kubur..Moga kita sama-sama insafi diri..Tahun ni adalah tahun pertama saya tidak exam pada hari lahir saya..3 tahun lepas,selalunya tarikh 26/5 mesti tengah final exam huhu..Dan saya satu-satunya manusia yang lahir pada bulan 5 dalam batch saya!Di kesempatan ini,saya nak ucapkan terima kasih banyak pada roomate saya,Nurul Huda Mostapa yang sudi buat kek yang begitu sedap dan masak laksa lemak..Pastu ajak adik-adik junior sama-sama raikan..Terima kasih juga pada pemberi-pemberi hadiah:Thira,Dayah,Ayu,Tiqah Ali,Aida dan Aqilah..Terima kasih kerana buat saya rasa dihargai ^_^...


Malam 27/5 tu,saya mengikuti jaulah(lawatan) ke Aqabah yang di anjurkan oleh Majlis Mahasiswa Yarmouk(MMY)..Perjalanan memgambil masa 5 jam untuk samapi ke sana..Saja la menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan junior-junior..Lepas ni susah dah nak jumpa kan..Nanti ada yang balik Malaysia,pergi bercuti ataupun ada lagi plan-plan lain..Biasala,dah habis exam kan..Boleh la reward balik penat lelah berhempas pulas untuk final exam yang lepas..Apa pun,betulkan niat,belajar kerana ilmu,bukan kerana exam!Saya mengingatkan diri saya,juga peringatan buat anda..

pemandangan di kala senja..sunset!



kejernihan air teluk Aqabah


kami naik glass boat,pergi dekat je dengan kapal besar ni hehe



Selesai sudah 4 tahun pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda..Sekarang sudah layak bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Shariah,Ekonomi dan Perbankan Islam!!..Secara fizikal,lahiriah, saya sudah layak memegang title itu..Tapi secara mental,batiniahnya,adakah saya benar-benar layak??Persoalan ini selalu bermain dalam benak fikiran saya..Mampukah aku menghadapi cabaran dalam kerjaya nanti?tegarkah aku berhadapan dengan masyarakat Malaysia yang dahagakan ilmu itu??Kadang-kadang rasa nak tinggal je kat Jordan ni,terus belajar dan belajar..Tapi bila difikir-fikir semula,sampai bila aku nak terus berada di sini..Aku perlu pulang ke tanah air,berikan sumbangan pada masyarakat..Martabatkan sistem perbankan Islam di Malaysia..Tanamkan kesedaran dalam masyarakat mengenai bahayanya riba,dosa riba,akibat makan harta riba..Riba,termasuk dosa besar,tapi ramai yang belum tahu mengenainya..Itulah antara tugas kami,graduan ekonomi dan perbankan islam..

Walaupun dah habis belajar,suka saya ingatkan diri saya,juga anda semua,belajar itu tiada had umur..Pelajaran itu bermula dari lahirnya kita ke dunia hinggalah hembusan nafas terakhir.Jadi,walaupun dah habis exam,still kena study lagi kan..Banyak lagi yang kena explore..Masa yang ada ni,gunakan sebaiknya..Dan pastinya kena la search lubang-lubang kerja yang kosong hehe..

InsyaAllah,majlis konvo kami pada 8 Jun ni..Bermula 3/7 pula kami akan mula praktikal di Bank Islam Jordan..Berdebar rasa nak kerja dengan orang Arab ni,tapi kalau tak cuba,tak tahu kan..Praktikal kami sebulan je,dr 3-31 Julai 2011..Dan akan pulang ke Malaysia pada Ogos 2011..InsyaAllah..Doakan kami ya,moga dipermudahkan segalanya..Amiin Ya Rabb!




Tuesday, May 10, 2011

Final Exam..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah agak lama menyepi..Bukan lupa nak menulis,tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan,disiapkan..Baru-baru ni sibuk menyiapkan kotak-kotak kargo untuk dihantar ke Malaysia..5 kotak bukanlah sedikit..Mujurlah dari awal lagi dah mula mengemas..Kalau semua nak buat last minit,memang cari nahas la..Mana tak nya,nak kena beli barang,balut kotak,kemas barang-barang masuk dalam kotak,siapkan alamat..Penat jugak kalau nak buat semua sekali sekaligus..Tapi alhamdulillah,semuanya dah selesai minggu lepas..Moga kotak-kotak tu selamat sampai ke rumahku di Malaysia..

Sekarang,masa untuk bergelut dengan exam..Final Exam for the Final Semester!Fuh berdebar betul rasa..Dah nak grad dah..Dalam masa beberapa hari lagi,akan bergelar seorang graduan..Betapa beratnya membawa status itu..Tanggungjawab juga makin bertambah.,Saki-baki masa di tanah syam ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya!

Sekarang,tumpuan sepenuhnya akan diberikan kepada exam yg sudah dan bakal saya hadapi..Jadual exam saya:

1) 9/5/2011 : Tilawah al-Quran

2) 11/5/2011 : Ulum Askari (tenteng ketenteraan Jordan..Dahsyat kan kena belajar pasal keenteraan Jordan..Boleh jadi rakyat Jordan dah huhu)

3) 16/5/2011 : Tamwil wal Istismar fil Islam (Finance and Investment in Islam)

4) 17/5/2011 : Dirasat Jadwa At-Tijariyah wal Iqtisodiah wal Ijtima'yyah (Feasibility studies, business, economic and social)

5) 19/5/2011 : Mabadi' al-Iqtisod al-kulli (Macroeconomics)

6) 22/5/2011 : Masorif Islamiyyah (Islamic Banking)

Lepas tu...MERDEKA!!!hehe..tapi tak merdeka mana la jugak..Masih ada lagi tugasan yang menanti dan perlu diselesaikan..Saat ni,rasa rindu sangat Malaysia..Tak sabar nak jumpa family..Family pula akan bertambah 2 tahun ni..Moga saya akan dapat anak saudara yang comel-comel nanti hehe..

Apapun,tetap sayu rasa hati ni bile makin hari,makin sedikit masa saya di bumi barakah ni..Belum tentu lagi saya akan kembali memijak tanah ini..Harap-harapnya ade la rezeki nanti..

Ops,dah lebih masa ni..Buku memanggil-manggil dah tuannya nak suruh baca dia..Setakat ini dulu,doakan saya dan kawan-kawan sukses dalam exam ni,dan kami semua dapat grad dengan cemerlangnya..InsyaAllah,amiiin Ya Rabb!!Jumpa lagi selepas tamat final exam nanti!!Ma'assalamah! ^_^

Friday, April 15, 2011

Menjadi Diriku...



aku hanyalah insan biasa...
yang punya banyak kekurangan...
namun ku juga punyai kelebihan..
anugerah dari Yang Maha Esa...
untuk ku gunakan ke jalan kebaikan..

lantas ku bersyukur..
atas segala nikmatNya..
menjadikan aku insan..
yang punyai kekurangan dan kelebihan..
supaya aku tidak lemah dengan kekurangan diri..
dan tidak bangga dengan kelebihan diri..
supaya aku sentiasa tergolong dalam golongan yang sedikit..
iaitu golongan yang sentiasa memanjatkan kesyukuran padaNya..
walau dalam apa keadaan jua..

aku perlu menjadi diriku..
membina kekuatan dalam diri..
dalam menghadapi mehnah dan tribulasi kehidupan duniawi..
mempersiapkan diri ke alam yang abadi..
moga aku terus thabat di atas jalan Ilahi..



bukan hanya saya..
anda juga harus begitu ^_^



Friday, April 8, 2011

KARISMA 2011 dalam kenangan...

Assalamualaikum wbt...

Sudah agak lama menyepi..Bukan tak ingat untuk menulis(walaupun selalu merapu hehe),tapi sentiasa tersepit dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai penuntut tahun akhir di Jamiah Yarmouk ni..Nak kata sibuk study,yela jugak sebab exam tak putus-putus huhu..Sebelum ni plak sibuk dengan KARISMA(karnival sukan mahasiswa)..Hari-hari turun training..Sebagai pengurus pasukan bola jaring Irbid,saya diamanahkan untuk jadikan team netball irbid sebagai juara untuk karisma kali ni..Bukan sekadar juara dengan mendapat medal emas,perak dan gangsa,tapi juga juara dalam mengeratkan ukhwah sesama mahasiswi-mahasiswi dari mantiqah(daerah) lain..Dan Alhamdulillah.tak sia-sia usaha kami penat turun training setiap petang,atur strategi,dengan nak examnya lagi..

Teringat masa mula-mula terima panggilan daripada saudari Rahmah(ketua kelab netball irbid)..Beliau menelefon saya dan meminta untuk saya menggantikan tempatnya sebagai PIC(person in-charge) untuk netball karisma kali ini..Mula-mula saya agak ragu-ragu,sebab saya tau,komitmen yang diperlukan sangat tinggi..Saya ni dah ditahun akhir..Banyak benda nak buat dan nak fikirkan..Tapi lepas fikir-fikir balik,Allah dah pilih saya,maka Dia yang Maha Mengetahui pastinya lebih tahu kemampuan saya,lebih dari apa yang saya tahu..InsyaAllah,saya rasa saya mampu,dan saya terima tawaran beliau..Banyak benda yang saya kena belajar sebab ni first time saya jadi PIC dan pertama kali juga akan menyertai KARISMA!

Semuanya gara-gara saya jatuh masa latihan untuk karisma tahun lepas..Doktor tak bagi saya main buat masa terdekat..Masa tu,lagi 2 minggu lagi nak Karisma..Maka dengan pasrahnya saya terpaksa tarik diri..Agak parah la jugak kecederaan saya..Bengkak separuh badan!huhu..Jatuh macam superwoman terjun dari bangunan ke bangunan huhu..Seksa nak menulis..Pergi hospital Ibnu Nafis,habis berpuluh dinar jugak..Dah la tak dapat claim dengan jamiah gara-gara syu'un tholabah(hal ehwal pelajar) terbakar disebabkan litar pintas yang dah lama..Apepun syukurla tak melibatkan kecederaan dalaman,hanya bengkak otot dan urat..Sebulan lepas tu dh ok..

Bila dah terima taklifan tu,maka bermula la tanggungjawab saya sebagai PIC netball Irbid..Bila ingat balik,memang sakit..Saya tak jumpa pemain!!Semuanya gara-gara ramai yang exam pada hari Karisma tu..Puas telefon sana,mesej sini,pujuk orang tu,pujuk orang ni, untuk main dalam karisma..Mujurlah ada Kak Aisyah Sopian dan Rahmah yang tolong..Kalau tak,pengsan jugak saya nak cari player yang seramai 20 orang tu..Akhirnya,dapat jugak kami kumpulkan 20 orang pemain..Itupun ramai ambik player baru..Tak sempat buat pemilihan pun,terus je ambil dari senarai pendek PROSPEC hari tu..

Bak kata pepatah,usaha tangga kejayaan,kalau usaha pasti jaya..Alhamdulillah,dengan komitmen yag diberikan oleh semua pemain,kami dapat bermain dengan baik dalam karisma..Team A berjaya merangkul Emas,dan Team B berjaya merangkul pingat Gangsa..Ketahuilah wahai semua sahabat netball,kita sebenarnya bukanlah hebat sangat,tapi dengan segala usaha kita,ukhwah kita,tawakkal kita,Allah bantu kita..Akhirnya Allah berikan kita kejayaan..Kejayaan yang bukan untuk dijulang tinggi,tapi sebagai satu medium untuk kita tambahkan kesyukuran kita padaNya..




Terima kasih tak terhingga saya ucapkan buat semua netballers kerana beri komitmen yang tinggi..tanpa anda,siapalah saya(mati la saya kalau tak jumpa player huhu)..Syabas buat semua netballers!!



Sekalung terima kasih juga buat semua penyokong yang datang susah payah menyokong kami di gelanggang..Semangat anda,inspirasi kami!

Karisma kali ini meninggalkan kenangan manis buat saya yang akan meninggalkan bumi Jordan ini tidak berapa lama lagi..Pastinya ia akan menjadi kenangan yang takkan pudar dalam ingatan saya..






Buat semua netballers,Team B yang paling best: kak aisyah,kak nisah,kak syameng,kak tenten,kak mira,pain,aliyah,jihah dan qilah..Team A : kak ain,kak syikin,kak diba,asilah,hanis najwa,bella,bibah,tasha,ainul dan sarah..Dan tak lupa kepada kak hanisa,yang asalnya ahli team b yang setia menyokong kami dari pagi ke petang,bawa coklat dan pisang..mengenali anda semua meninggalkan kesan di hati saya..Belum pernah saya merasai ikatan yang begitu kuat dan terkesan di hati,walaupun kita cuma berkenalan dalam masa yang singkat..Keikhlasan yang lahir dari hati, akan terus masuk ke dalam hati..Peliharalah ukhwah yang terbina,stay keep in touch ea walaupun kita akan terpisah walau beribu batu..


Salam ukhwah dari saya buat semua..
Jumpe esok ye!^_^












Friday, March 25, 2011

sebiru hari ini,seindah kenangan kita..





lagu istimewa buat tatapan sahabat-sahabatku...
di bulan-bulan terakhir berada di bumi syam..
bersama mencipta kenangan..
untuk diabadikan dalam diari kehidupan..






Tuesday, March 8, 2011

selamat ulangtahun kelahiran sahabat!

selamat hari lahir buat sahabat saya,
asma' dan aida...
moga ulangtahun kelahiran kali ini mendatangkan 1001 kebaikan dalam kehidupan kalian...





buat sahabat-sahabatku...
ini adalah semester terakhir kita,
sekarang kita dalam fatrah imtihan awwal,
selepas ini imtihan thani,
selepas itu imtihan nihaie,
kemudian kita akan bergelar seorang graduan,
selepas itu,kita akan pulang ke tanah air,
masing-masing pulang ke rumah masing-masing,
setengah di kuantan,ulu jempol,temerloh,mentakab,rompin,jerantut,raub,hulu langat dan desa pinggiran,
kemudian kita terpisah,
masing-masing bawa haluan sendiri...

kemudian,
kehidupan kita akan berubah, 
kehidupan selepas belajar amat berbeza dengan kehidupan kita sekarang,
pasti ku akan merindui saat bersama sahabat-sahabat,
yang 4 tahun bersama-sama,
susah dan senang,
suka dan duka,
segala kenangan tersimpan kemas dalam sanubari,
menjadi ingatan,
yang takkan pudar..

buatmu sahabat,
maafkan aku,
kerna aku tak mampu,
menjadi yang terbaik,
ku tahu,
terlalu banyak salah dan khilaf,
kerna aku,
hanyalah insan biasa...

buat sahabat-sahabatku,
terima kasih ku ucapkan,
kerna sudi menerima aku,
dalam hidup kalian,
hanya doa yang mampu kupanjatkan,
agar DIA menjaga kalian,
moga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya..

ku harapkan...
ku doakan...
agar ukhwah fillah yang terbina ini,
kekal selamanya...
moga Allah terus mengikat hati-hati kita,
berukhuwwah mahabbah dalam mawaddah,
demi menggapai redhaNya...