Saturday, May 12, 2012

Belajar vs Kerja

Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana Dia lah yang memberi segala nikmat ke atas hambaNya.

Sememangnya dah lama blog ini saya tinggalkan kesepian.Bukan kerana lupa,tetapi kekangan masa dan kerja membuatkan blog ini terabai seketika.Moga 'penghijrahan' saya kali ini akan memberikan saya lebih banyak masa dan buah fikiran untuk terus menulis.

Menulis bukanlah kepandaian saya,cuma sekadar berkongsi cerita dan pengalaman serta info kehidupan yang ada moga-moga bermanfaat dan ada nilai disisiNya walaupun sekecil-kecil nilai.

Sebelum menamatkan pengajian lagi,saya dan sahabat-sahabat yang lain sudah mempunyai plan masing-masing.Ada yang nak terus bekerja,ada yang nak sambung ke peringkat sarjana,dan mungkin juga ada yang berhajat untuk menjadi suri rumah.Tetapi pada pengetahuan saya,sahabat-sahabat saya majoritinya sudah bekerja dan ada juga yang sudahpun melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

Selesai sahaja majlis konvokesyen, apabila segulung ijazah sudah dalam genggaman, saya mula sibuk mencari kerja. Dari proses menyiapkan resume hinggalah proses mencari kerja.Pada masa itu,saya belum lagi pulang ke tanah air,jadi semua kerja dipohon secara online.

Bukan sedikit kerja yang saya minta, pada mulanya sempat jugalah catat semua kerja yang dipohon, tapi akhirnya tak tertulis dah,tambah lagi bila guna jobstreet.Nampak je kerja yang sesuai,terus je apply hehe.Sampaikan ada company yang menelefon untuk datang interview,saya hampir tak ingat bila dan di mana saya apply.So kepada bakal pencari kerja,jangan jadi macam saya ye.Bila dah apply satu-satu kerja tu,catatkan dalam buku khas supaya anda tidak terpinga-pinga bila ada panggilan temuduga.

Selain memohon pekerjaan,saya turut mencari peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.Sememangnya ada keinginan untuk terus sambung master, tetapi keadaan lebih memihak supaya bekerja dahulu,cari pengalaman.InsyaAllah ada rezeki saya sememangnya berhajat untuk sambung.

Bagi yang dalam dilema untuk membuat pilihan,ini pendapat saya :

  • Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan.Sekiranya anda berminat untuk menjadi pendidik atau pensyarah atau ahli akademik,sememangnya anda perlu sambung ke peringkat sarjana.
  • Sekiranya anda inginkan pengalaman dalam industri,sebaiknya terus bekerja dan dapatkan pengalaman terlebih dahulu.Kemudian kalau berminat,boleh sambung lagi.
Semuanya bergantung kepada perancangan dan cita-cita anda.

Sememangnya zaman universiti adalah zaman terindah.Suasana bekerja sangat berbeza dengan belajar.Dan sememangnya bila bekerja,kita akan praktikkan segala teori yang kita dah belajar.Kadang-kadang teori dan praktikal tak sama.Bergantung pada kerja juga.

Pengalaman menjadi Customer Service(CS) antara yang mencabar dalam hidup saya.Tak pernah terfikir untuk jadi  CS.Memang benarlah perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.Sejarah kerjaya saya bermula dengan menjadi CS.Kerja utama seorang CS adalah mengangkat telefon.Dan inilah yang mendebarkan saya.Setiap kali telefon berbunyi.mesti berdebar.Sebenarnya,kita akan jadi berdebar tu sebab kita tak tahu apa yang pelanggan akan tanya.Bila kita dah tahu apa soalan biasa yang mereka akan tanya,kita akan lebih relax.

Menjadi seorang CS sememangnya perlu banyak bersabar.Kadang-kadang ada yang complaint itu ini walhal mereka yang buat silap.Yang penting terus lunakkan suara,melayan keranah pelanggan.Walaupun menjadi CS,saya tidaklah begitu tertekan dihujani panggilan yang pelbagai seperti di syarikat-syarikat lain kerana saya bekerja di sebuah Majlis menawarkan produk-produk pendidikan dalam perancangan kewangan.

Minggu pertama adalah minggu paling sukar di tempat baru.Kita terpaksa membiasakan diri dengan kerja,suasana kerja dan orang-orang baru di sekeliling kita.Tambahan pula kita yang fresh grad ni.Banyak ilmu-ilmu bekerja yang kita perlu tahu.

Bagi yang ingin menyertai industri perbankan islam pula,nasihat saya:

  • Hadamkan segala ilmu dan teori yang telah dipelajari
  • Mantapkan diri dengan bahasa inggeris (pertuturan dan penulisan)
  • Ambil tahu mengenai praktis perbankan semasa

Sekian.



Juliyanaludin
Kuala Lumpur