Saturday, May 12, 2012

Belajar vs Kerja

Bismillahirrahmanirrahim




Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana Dia lah yang memberi segala nikmat ke atas hambaNya.

Sememangnya dah lama blog ini saya tinggalkan kesepian.Bukan kerana lupa,tetapi kekangan masa dan kerja membuatkan blog ini terabai seketika.Moga 'penghijrahan' saya kali ini akan memberikan saya lebih banyak masa dan buah fikiran untuk terus menulis.

Menulis bukanlah kepandaian saya,cuma sekadar berkongsi cerita dan pengalaman serta info kehidupan yang ada moga-moga bermanfaat dan ada nilai disisiNya walaupun sekecil-kecil nilai.

Sebelum menamatkan pengajian lagi,saya dan sahabat-sahabat yang lain sudah mempunyai plan masing-masing.Ada yang nak terus bekerja,ada yang nak sambung ke peringkat sarjana,dan mungkin juga ada yang berhajat untuk menjadi suri rumah.Tetapi pada pengetahuan saya,sahabat-sahabat saya majoritinya sudah bekerja dan ada juga yang sudahpun melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

Selesai sahaja majlis konvokesyen, apabila segulung ijazah sudah dalam genggaman, saya mula sibuk mencari kerja. Dari proses menyiapkan resume hinggalah proses mencari kerja.Pada masa itu,saya belum lagi pulang ke tanah air,jadi semua kerja dipohon secara online.

Bukan sedikit kerja yang saya minta, pada mulanya sempat jugalah catat semua kerja yang dipohon, tapi akhirnya tak tertulis dah,tambah lagi bila guna jobstreet.Nampak je kerja yang sesuai,terus je apply hehe.Sampaikan ada company yang menelefon untuk datang interview,saya hampir tak ingat bila dan di mana saya apply.So kepada bakal pencari kerja,jangan jadi macam saya ye.Bila dah apply satu-satu kerja tu,catatkan dalam buku khas supaya anda tidak terpinga-pinga bila ada panggilan temuduga.

Selain memohon pekerjaan,saya turut mencari peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.Sememangnya ada keinginan untuk terus sambung master, tetapi keadaan lebih memihak supaya bekerja dahulu,cari pengalaman.InsyaAllah ada rezeki saya sememangnya berhajat untuk sambung.

Bagi yang dalam dilema untuk membuat pilihan,ini pendapat saya :

  • Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan.Sekiranya anda berminat untuk menjadi pendidik atau pensyarah atau ahli akademik,sememangnya anda perlu sambung ke peringkat sarjana.
  • Sekiranya anda inginkan pengalaman dalam industri,sebaiknya terus bekerja dan dapatkan pengalaman terlebih dahulu.Kemudian kalau berminat,boleh sambung lagi.
Semuanya bergantung kepada perancangan dan cita-cita anda.

Sememangnya zaman universiti adalah zaman terindah.Suasana bekerja sangat berbeza dengan belajar.Dan sememangnya bila bekerja,kita akan praktikkan segala teori yang kita dah belajar.Kadang-kadang teori dan praktikal tak sama.Bergantung pada kerja juga.

Pengalaman menjadi Customer Service(CS) antara yang mencabar dalam hidup saya.Tak pernah terfikir untuk jadi  CS.Memang benarlah perancangan Allah mengatasi perancangan manusia.Sejarah kerjaya saya bermula dengan menjadi CS.Kerja utama seorang CS adalah mengangkat telefon.Dan inilah yang mendebarkan saya.Setiap kali telefon berbunyi.mesti berdebar.Sebenarnya,kita akan jadi berdebar tu sebab kita tak tahu apa yang pelanggan akan tanya.Bila kita dah tahu apa soalan biasa yang mereka akan tanya,kita akan lebih relax.

Menjadi seorang CS sememangnya perlu banyak bersabar.Kadang-kadang ada yang complaint itu ini walhal mereka yang buat silap.Yang penting terus lunakkan suara,melayan keranah pelanggan.Walaupun menjadi CS,saya tidaklah begitu tertekan dihujani panggilan yang pelbagai seperti di syarikat-syarikat lain kerana saya bekerja di sebuah Majlis menawarkan produk-produk pendidikan dalam perancangan kewangan.

Minggu pertama adalah minggu paling sukar di tempat baru.Kita terpaksa membiasakan diri dengan kerja,suasana kerja dan orang-orang baru di sekeliling kita.Tambahan pula kita yang fresh grad ni.Banyak ilmu-ilmu bekerja yang kita perlu tahu.

Bagi yang ingin menyertai industri perbankan islam pula,nasihat saya:

  • Hadamkan segala ilmu dan teori yang telah dipelajari
  • Mantapkan diri dengan bahasa inggeris (pertuturan dan penulisan)
  • Ambil tahu mengenai praktis perbankan semasa

Sekian.



Juliyanaludin
Kuala Lumpur


Saturday, November 5, 2011

Mengimbas kenangan...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kisah Nabi Yunus tajuk cerita,
Marilah bersama menghayatinya,
Jadikan pedoman hidup bahagia.

Di zaman dahulu,ada sebuah kampung bernama Ninawa.Penduduknya menyembah berhala,rajanya pula mengaku dia anak Tuhan.

"Wahai rakyat beta sekalian,hendaklah kamu menyembah beta!"

Haa,jangan pelik,sebenarnya ini skrip cerita saya semasa tahun 6 di sekolah rendah dulu untuk pertandingan bercerita.Tiba-tiba rasa nak kongsi pengalaman dan kenangan masa sekolah dulu.Bakat saya bercerita ni mula dikesan semasa saya tahun 4,bila sekolah buat pertandingan bercerita, tulisan jawi, tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan lain-lain lagi untuk cukil bakat-bakat baru.Pada mulanya saya memang tak yakin untuk masuk pertandingan.Tapi disebabkan cikgu dah pilih,terpaksa jugak la kan.Macam tak percaya,saya dapat tempat kedua dalam pertandingan tu.Tempat pertama tu kakak darjah 6 la yang dapat.Kakak tu memang dah pernah wakil sekolah.Jadi dari situ la cikgu-cikgu dan saya sendiri nampak bakat saya tu.

Tahun berikutnya semasa darjah 5,sepatutnya saya la yang jadi wakil sekolah untuk pertandingan bercerita Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Perkasa.Tapi cikgu-cikgu nak bagi peluang pada budak darjah 6 tahun tu.Jadi saya tak jadi la wakil sekolah lagi masa darjah 5 tu.

Dan akhirnya,bila dah darjah 6,sampailah giliran saya untuk jadi wakil sekolah.Saya mula jadi wakil sekolah untuk peringkat Zon Perkasa.Alhamdulillah,kemenangan berpihak kepada saya.Kemudian saya ke peringkat daerah mewakili Zon Perkasa bersama 2 orang rakan.Rakan saya bercerita wakil lelaki dan tilawah perempuan.Pertandingan diadakan di SK Tok Sira Kuantan.Pada mulanya agak berdebar.Al-maklumla,saya ni budak sekolah felda je,pergi bertanding dekat sekolah bandar.Berdebar tu lebih sikit la.Alhamdulillah,dengan bantuan dan bimbingan guru-guru,saya dan rakan lelaki pertandingan bercerita berjaya merangkul tempat pertama.

Setiap hari Isnin,saya pasti diminta untuk berlatih bercerita di perhimpunan.Begitu juga bila ada majlis-majlis di sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG,saya akan diminta untuk membuat persembahan.Saya masih ingat lagi semasa buat persembahan di Mesyuarat Agung PIBG tu,saya ada ubah skrip cerita sikit.Tak tau datang mana idea tu,spontan je saya buat sampai satu dewan ketawa.Dan akhirnya cikgu suruh saya teruskan je dengan idea baru saya tu.Sememangnya latihan- latihan ni amat berkesan untuk hilangkan gugup ketika berdiri di hadapan orang ramai nanti.Kalau berdebar je,memang habisla lupa semua skrip2 huhu.

Menjadi satu kebiasaan,bukan semua orang suka dan sokong dengan apa yang kita buat.Ramai yang bising-bising pada saya.Diorang cakap,'orang sibuk buat persediaan nak UPSR,dia sibuk nak masuk pertandingan'.Sibuk bercerita,jadi wakil bola jaring sekolah lagi.Apa yang boleh saya buat,pekakkan telinga,fokus dengan apa yang saya nak buat.Mana tak nye, bila pertandingan dah dekat, guru yang melatih saya iaitu Ustazah Fatimah akan panggil saya untuk berlatih. Kadang-kadang beliau ajak saya tidur di rumahnya.Walaubagaimanapun,saya beruntung menjadi mentee guru besar, Cikgu Adnan Bae..Beliau sering bekalkan saya dengan latihan-latihan tambahan untuk saya buat di rumah.Di sekolah,saya akan fokus di dalam kelas dan latihan bercerita.Manakala apabila di rumah,saya akan mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan-latihan yang dibekalkan guru.

Seterusnya saya menjadi wakil daerah Kuantan untuk ke peringkat negeri Pahang yang diadakan di Sekolah Seri Pekan,Pekan Pahang.Pada peringkat ini,saya perlu menghafal dan berlatih dengan 4 buah cerita kerana undian akan dibuat untuk menentukan cerita mana yang akan kita persembahkan.Memang satu cabaran yang besar la nak hafal 4 buah cerita tu.Malam sebelum pertandingan,undian dibuat.Alhamdulillah,saya syukur sangat-sangat ustazah saya dapat cabut undi cerita yang  dah pernah saya pertandingkan.Debaran mula terasa.Mana tidaknya,saingan sememangnya hebat-hebat belaka.Kebanyakannya yang dah pernah masuk ke peringkat negeri.Walau apapun,usaha mesti diteruskan.

Pertandingan bercerita akan diadakan di dataran jam di bandar Pekan.Dengar pun dah gerun.Mana tidaknya,pentas akan berada di tengah,dan di sekeliling pentas akan ada orang yang menyaksikan pertandingan.Saya menjadi peserta ke-3 pada malam tu,iaitu peserta ke-2 bagi kategori perempuan.Selesai je buat persembahan,fuuh lega rasanya.Saya tahu,malam tu saya tak buat yang terbaik,mungkin sebab ramai sangat orang,saya ada gagap sikit,terlupa skrip!mujur dapat cover balik.Tapi saya dah cuba sebaik mungkin,lepas tu saya tawakkal jela.

Hari terakhir merupakan hari peyampaian hadiah dan hari penentuan siapa yang akan mewakili negeri Pahang di peringkat kebangsaan.Alhamdulillah,walaupun tak dapat ke peringkat kebangsaan,saya berjaya dapat tempat ketiga.Sebenarnya ada hikmah jugak saya tak menang kan,sebab masa tu memang dah dekat dengan UPSR.Dan lepas tu saya tumpukan sepenuh perhatian untuk persediaan UPSR.

Di Hari Penyampaian Hadiah Kecemerlangan...

Semua murid yang telah menduduki UPSR,pastinya berdebar-debar dan tak senang duduk kerana keputusan UPSR juga akan sampai ke sekolah pada hari ini.Kami dimaklumkan,ada sorang yang dapat 5A(memang dah boleh agak sape,kawan saya yang memang kami dah terget) dan 4 orang dapat 4A 1B(ini yang menjadi tanda tanya pada semua orang).Cumanya saya tak target yang saya termasuk dalam 4 orang ni sebab ramai lagi kawan-kawan lain yang saya target akan dapat 4a tu.

Dan akhirnya keputusan diumumkan..Memang amat terkejut bila nama saya diumumkan mendapat 4A 1B!!Alhamdulillah,syukur sangat-sangat.Tak sia-sia apa yang saya buat selama ni.Pada hari tu juga,saya diberi penghargaan dalam Anugerah Khas,Tokoh Kokurikulum kerana berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.Kejayaan saya pada masa tu membuktikan,aktif dalam kokurikulum tak bermakna akan kecundang dalam kurikulum.Apa yang penting,pandai bahagikan masa.Semua tu akan jadi nilai tambah pada kita.

Bakat yang ada diteruskan lagi di sekolah menengah,cuma agak slow sedikit..Suasana pun dah berbeza kan..Menjadi kebiasaan la,peluang akan diberikan pada senior.So tunggu la giliran ye huhu.Masa form 5 saya mula aktif kembali,dah sampai turn kan.Mula aktif dalam bola jaring dan syarahan agama.

Dan sekarang,saya masih merindui zaman persekolahan yang penuh kenangan indah.Memang patut la orang kata zaman persekolahan zaman terindah kan.Jadi pada yang masih sekolah atau belajar di mana-mana, manfaatkanlah segala peluang yang ada di sekeliling kita.Semua tu akan jadi added value pada kita yang mungkin tiada pada orang lain dan pastinya sangat berguna untuk kita kelak.

Pengalaman sebulan setengah menjadi guru ganti dapat mengimbau kembali kenangan saya ketika di sekolah dulu.Cuma bezanya, budak-budak sekarang lebih aktif dan proaktif berbanding zaman saya dulu.Semestinya la kan seiring dengan perkembangan dunia dan teknologi.Cuma harapnya,jangan la ambil yang negatif tu.Manfaatkan apa-apa yang positif.Melalui pengalaman saya,saya dapat buat satu konklusi.Sememangnya bukan mudah untuk menjadi guru,dan sememangnya tugas guru teramat mulia.Tahniah pada yang bergelar guru dan pendidik! 

Di kesempatan yang ada ni,saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua.Kullu 'Aam wa Amtum Bikheir!Moga anda baik-baik selalu dan sentiasa dalam rahmat dan kasihNya..

Sehingga bertemu lagi dalam entri akan datang...

Wassalam...



Thursday, September 15, 2011

selangkah ke hadapan...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Apa khabar semua..Harapnya sihat-sihat belaka..Moga hari ini lebih baik dari semalam.Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Dah lama sangat rasanya tak menulis..Al-maklumlah,masa praktikal kat bank dulu,balik dah petang..Baru rasa penatnya bekerja huhu..Macam mana la mak ayah kita dulu,kerja teruk-teruk untuk bagi kita besar macam ni kan..Bila ingat semua tu,kita sebagai anak kena la ikut cakap mak ayah, berbakti pada mereka selagi hayat dikandung badan..Moga Allah panjangkan umur mak dan ayah dalam ketaatan supaya aku dapat berbakti pada mereka,menjadi anak yang baik lagi solehah buat mereka, amiin..

Habis praktikal, sibuk dengan urusan nak balik Malaysia pulak..Dah la terpaksa pindah rumah, bergaduh dengan tuan rumah yang tak reti tolak ansur tu, memang jadi pengalaman pahit selama di Jordan huhu..Apapun semua tu pengalaman kan..Macam tu la asam garam kehidupan, kena hadapi pelbagai kerenah manusia..

10 Ogos 2011 dengan berat+ringan, aku meninggalkan bumi Jordan..Tempat penuh kenangan yang menyaksikan jatuh bangunnya aku..Tanah itu pasti akan ku rindui dan sekiranya ada rezeki, memang nak pergi lagi :-)
11 Ogos 2011..Akhirnya kakiku berpijak di bumi Malaysia tanah tumpah darahku..Walaupun baru 2 tahun aku meninggalkan Malaysia, tapi dah banyak perubahan yang berlaku..Sejuk mata memandang kehijauan pepohon di sepanjang perjalanan ke Kuantan..

Sampai di rumah, mak ayah dah tunggu depan pintu, tunggu anaknya sampai hehe..Makanan dah penuh atas meja dengan menu-menu yang dah aku order hehe..Thanks mum!Sememangnya masakan mak paling best!
Lebih kurang sebulan kerja aku 'tanam anggur' belakang rumah huhu..Tapi aku tetap tak putus asa..Tetap isi borang sana sini apply kerja..

12 September 2011, aku ke Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) buat permohonan untuk jadi guru ganti..Saja jela kan mintak,mane tau ade rezeki..Daripada duduk rumah tak ade buat apa, boleh jugak cari pengalaman bekerja+mengajar..Dengan yakinnya aku ke PPD nak buat permohonan hehe..Sebenarnya buat-buat yakin je..Aku dapat maklumat di pun dari kawan aku yang dah pun buat permohonan dan juga jiran aku, seorang guru..Kalau dulu-dulu, kita just pergi mohon dekat sekolah berkenaan je, tapi sekarang kena mohon melalui PPD..Pada mulanya pegawai tu cakap, memang ada jawatan guru ganti masa tu, tapi di Sekelah Tengku Ampuan Afzan, agak jauh dari rumah aku..Macam tak berbaloi la nak berulanbg hari-hari kan..Last-last dia cakap, dia akan contact aku semula kalau ada kekosongan di sekolah berhampiran rumahku..Akhirnya petang tadi beliau menelefonku dan menawarkan jawatan guru ganti di SK Seri Mahkota..Nak kata dekat sangat, tak la jugak, jauh sangat pun tidak..Masih boleh dipertimbangkan la huhu..Dapat je persetujuan mak dan ayah, aku pun terus call semula pegawai tersebut..Alhamdulillah, aku akan mula bekerja Isnin ni 19 September 2011..Berdebar jugak rasa huhu..Belum ada pengalaman kan..Harap-harapnya aku jumpa orang yang baik-baik kat sana nanti..Mohon doa kalian agar segalanya berjalan lancar..


رب يسر ولا تعسر رب تمم بالخير



Saturday, July 9, 2011

Bermula Episod Baru...

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar semua.Harapnya sihat-sihat belaka.Alhamdulillah,saya juga sihat walafiat walaupun berada dalam musim soifi(musim panas).Kalau tahun lepas,saya terjejas teruk masa musim soifi ni.Demam berpanjangan sampai kena ponteng kelas.Maklumlah,kali pertama soifi kat Jordan la katakan.Tahun ni alhamdulillah,dah boleh suaikan diri dengan cuaca Jordan.Tak lama dah pun.Lebih kurang sebulan je lagi saya akan berada di bumi penuh barakah ni.Lepas tu,saya dan rakan-rakan akan pulang ke Malaysia.Pasti ada yang tertanya-tanya,saya dah 'grad',tapi tak balik-balik Malaysia lagi.Untuk pengetahuan semua,saya bukan saja-saja tak nak balik lagi,tapi sedang berpraktikal di Bank Islam Jordan.

Buat julung-julung kalinya pelajar Malaysia diberi pengiktirafan untuk berpraktikal di Bank Islam Jordan di Jordan ni.Setinggi penghargaan buat Ustaz Sulaiman bin Ismail,Pengarah Education Malaysia Jordan atas usaha dan susah payah beliau berusaha keras untuk mendapatkan tempat praktikal bagi kami,pelajar jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam di Yarmouk University ni.Hanya ucapan jutaan terima kasih yang dapat kami hulurkan pada ustaz atas jasa baik ustaz ni.InsyaAllah,peluang ni akan kami gunakan sebaiknya.

33 orang.Itulah jumlah pelajar takhassus Ekonomi dan Perbankan Islam yang berjaya 'graduate' pada sesi lepas.Seramai 20 orang pelajar yang mendaftar untuk praktikal pada kali ini.Seramai 8 orang sahabat saya telah pulang ke Malaysia pada 30 Jun lepas.Yang selebihnya memilih untuk tidak praktikal.Saya yakin dan pasti mereka juga mempunyai perancangan yang tersendiri.Mungkin ada yang pergi bertalaqqi,menyertai daurah-daurah yang dianjurkan,atau mungkin merancang untuk berpraktikal di Malaysia.Saya mendoakan yang terbaik buat semua sahabat-sahabat saya.Moga kalian dapat apa yang kalian  rancang dan impikan,InsyaAllah.

Kami yang telah 'terpilih' untuk berpraktikal di Jordan ni telah dibahagikan kepada beberapa furuk(cawangan) bank.Antaranya furuk Eidun,Syari'(Jalan) Palestin,Syari' Hashemi,Syari' Hakama,Syari' Baghdad dan Ramtha.Saya sendiri diletakkan di furuk Syari' Hashemi bersama 3 rakan yang lain.Bank saya ni terletak di tengah bandar Irbid,antara bank yang tersibuk la jugak.Setiap hari perlu menaiki coaster dengan tambang 15qurush.So, pergi balik kena sediakan 30qurush la.Ramai jugak yang bertanya,kami praktikal ni,dapat gaji ke..??Mmh bagi saya,gaji tu perkara nombor dua la.Paling penting,dapat peluang untuk praktikal,rasa pengalaman bekerja,bandingkan sendiri teori dengan praktikal.Kalau dapat,memang rezeki la kan hehe..


29 JUN 2011 (RABU)

Kami diberitahu supaya pergi ke bank masing-masing untuk lapor diri.Sebelum ni saya pernah dah datang bank ni.Tapi sekadar nak akidkan(pastikan) yang itu Bank Islam Jordan furuk Syari' Hashemi,tempat yang saya akan berpraktikal nanti.Sampai di bank,berdebar-debar jugak.Mujur la kami berempat.Kami naik ke tingkat 2,ingatkan kena jumpa mudir,tapi kena jumpa pembantu mudir je,Abu Bara'.Mula-mula perkenalkan diri,lepas tu tanya la,pukul berapa kena masuk keje.Kami akan mula praktikal di sini bermula 3 Julai hinggalah 31 Julai.Sebulan la kan.Masuk kerja seawal 8.00 pagi dan boleh balik pada jam 2.00 petang.Sekadar itu saja penerangan dari Abu Bara',dan kami akan berjumpa semula dengan beliau pada 3/7,hari Ahad ni.Lepas tu balik jela.Berdebar pulak nak tunggu Ahad ni.Apela nasib kami ye.Sampai sini dulu la ye.Sambung lagi dalam entri seterusnya...nantikaannn ;-)


Friday, June 10, 2011

Selangkah menuju ke alam yang baru...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

8 Jun 2011 merupakan hari bersejarah buat saya dan teman-teman yang lain..Hari ini merupakan Hari Graduasi kami..Walaupun tanpa keluarga tercinta di sisi meraikan kejayaan ini dengan penuh kegembiraan,namun saya masih mempunyai sahabat-sahabat,kakak-kakak dan adik-adik yang meraikan hari istimewa kami ini.


26 Mei 2011 yang merupakan hari ulang tahun kelahiran saya,kami beramai-ramai ke jami'ah(universiti) bagi membeli jubah untuk hari konvokesyen kami..Bermula tahun lepas, pihak jamiah mewajibkan pembelian jubah konvo dengan harga JOD20 bagi sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam majlis konvokesyen universiti..Bagi pelajar kuliah syariah,jubah kami berwarna hitam dengan line berwarna hijau..


Pada mulanya saya kurang ada 'rasa' nak berkonvo..Tapi sehari sebelum konvo,baru la terasa aura konvo tu..Tambahan pula 2 hari berturut-turut sebelum konvo, saya berulang-alik ke jamiah menguruskan urusan dokumen tamat belajar..Juga melihat sahabat dari kuliah adab yang bergraduasi 2 hari sebelum kami,pelajar kuliah syariah..Sehari sebelum majlis konvokesyen,baru datang aura konvo tu..Mula mencuba jubah konvo yang besar tak agak tu..Pada mulanya rasa malas nak alter,tapi bila pakai besar sangat sampai boleh masuk 2 orang lagi,macam tak best pulak..Jadi saya pun ambil keputusan untuk alter jubah tu kat rumah mak cik arab(tukang jahit) berdekatan..Bila dah dapat saiz yang sepatutnya,baru rasa semangat nak pakai..Lepas tu nak pilih baju pulak 1 hal..Akhirnya ambil je salah satu baju..Tak payah pening-pening fikir,pakai je baju ape pun,asalkan menutup aurat dan sesuai dengan majlis..


Dan pagi 8 Jun tu,kami jalan beramai-ramai menuju ke gym khalid al-walid,tempat berlangsungnya majlis konvokesyen kami juga tempat saya berlatih netball hehe..Jam 9.00 pagi kami tiba di dewan,orang dah ramai,tapi sebab kami yang nak berkonvo,so tak jadi masalah la nak masuk..Memang ada pintu masuk khas buat khirrijin..Setiap kali majlis,hanya melibatkan 2 kuliah..Kami pelajar kuliah syariah akan bergabung dengan pelajar kuliah tarbiyah riadhiyyah..Majilis bermula jam 10 pagi,dan berakhir pada jam 10.30 pagi..Setengah jam je majlis,hebat kan??hehe..Macam tu la majlis konvo cara orang arab..Simple dan pantas..Buat benda yang wajib je..






suasana dalam gym


Bermula dengan kehadiran naib presiden dan pensyarah-pensyarah kemudian nyanyian lagu kenegaraan jordan dan lagu universiti..Kemudian diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar..Sayu hati bila melihat wajah doktor-doktor yang pernah mencurahkan ilmu padaku..Menitis juga empangan air mata bila memikirkan,bila lagi aku dapat bersua muka dengan mereka-mereka yang berhati mulia ini..Moga Allah merahmati mereka,memberi keberkatan dalam hidup mereka..


Kini,aku sudahpun bergelar graduan shariah,ekonomi dan perbankan islam..Berdebar rasanya apabila memegang title ini..Bermakna ada tugasan dan misi yang lebih besar selepas  ini..Perasaan juga bercampur-baur..Gembira,sedih dan macam-macam lagi la..


Peringatan buat diri sendiri,menggenggam segulung ijazah bukanlah bermakna tamat sudah tempoh belajar..Masih banyak ilmu Allah yang belum diteroka..Dah grad pun still kena study lagi..Apa yang penting,istiqamah..


Selepas ini,bermacam-macam perancangan telah disusun..Apa-apa pun,kita perlu la merancang kan,baru la nampak tersusun..Apa nak jadi kemudian hari,tu lain cerita la kan..Allah itu kan sebaik-baik perancang..Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..

Apapun,alf mabrook buat sahabat-sahabat yang sama-sama dah berpenat lelah bagi mendapatkan segulung ijazah buat jadi kebanggaan keluarga..Ini hanyalah permulaan bagi menempuhi kehidupan sebenar..Masih banyak yang perlu kita tempuhi selepas ini..Buat adik-adik,teruskan perjuangan anda,jangan pernah lelah berusaha,kerana kejayaan itu akan rasa teramat manis apabila mengenangkan susah payah kita untuk mendapatkannya..


Terima kasih tak terhingga buat semua yang hadir meraikan kami..Tak lupa pada geng-geng netball,kak nisa,kak tenten,kak aisyah,sarah dan aqilah yang datang meraikan saya hehe..Moga kejayaan juga buat kalian nanti..All the best untuk semua..Selangkah menuju ke alam yang baru....




Tuesday, May 31, 2011

selesai sudah...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Apa khabar semua..Harapnya sihat-sihat belaka..Alhamdulillah saya juga sihat walafiat walaupun mula terkesan dengan musim panas ni..Bila datang je musim panas,saya mula la kena jaga-jaga..Tak boleh kurang minum air,nanti mula la demam..Bila dah demam,semua kerja tak jadi la kan..

Alhamdulillah,saya dah selesai final exam untuk final year..Keputusan exam pun dah keluar..Alhamdulillah,saya syukur sangat,sem terakhir ni boleh buat saya tersenyum lebar..Satu kepuasan buat diri walaupun tak la hebat kalau nak di bandingkan dengan kawan-kawan yang lain..Apa pun saya bersyukur dan bangga dengan diri saya..Tak sia-sia penat lelah saya..Allah bagi apa yang sesuai buat hambaNya..Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita,lebih dari apa yang kita tahu..

Tanggal 26 Mei 1989,jam 7.05 pagi,lahirlah seorang bayi perempuan bagi pasangan Halimah Binti Jusof dan Mohd Ludin Bin Awang Ngah..Saya lahir kat rumah je,rumah yang saya tinggal dengan family saya sekarang..Saya gembira sangat sebab saya bukan lahir di hospital macam orang lain..Sebab,hanya saya dan adik-beradik lain je yang lahir di rumah kami tu hehe..Special la kn ;-)..

26 Mei yang lepas adalah tarikh lahirnya saya ke dunia ni..Bermakna genap umur saya 22 tahun..Tua dah rasanya..Amalan tak banyak mana pun lagi..Makin bertambah umur,bermakna makin dekat dengan kubur..Moga kita sama-sama insafi diri..Tahun ni adalah tahun pertama saya tidak exam pada hari lahir saya..3 tahun lepas,selalunya tarikh 26/5 mesti tengah final exam huhu..Dan saya satu-satunya manusia yang lahir pada bulan 5 dalam batch saya!Di kesempatan ini,saya nak ucapkan terima kasih banyak pada roomate saya,Nurul Huda Mostapa yang sudi buat kek yang begitu sedap dan masak laksa lemak..Pastu ajak adik-adik junior sama-sama raikan..Terima kasih juga pada pemberi-pemberi hadiah:Thira,Dayah,Ayu,Tiqah Ali,Aida dan Aqilah..Terima kasih kerana buat saya rasa dihargai ^_^...


Malam 27/5 tu,saya mengikuti jaulah(lawatan) ke Aqabah yang di anjurkan oleh Majlis Mahasiswa Yarmouk(MMY)..Perjalanan memgambil masa 5 jam untuk samapi ke sana..Saja la menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan junior-junior..Lepas ni susah dah nak jumpa kan..Nanti ada yang balik Malaysia,pergi bercuti ataupun ada lagi plan-plan lain..Biasala,dah habis exam kan..Boleh la reward balik penat lelah berhempas pulas untuk final exam yang lepas..Apa pun,betulkan niat,belajar kerana ilmu,bukan kerana exam!Saya mengingatkan diri saya,juga peringatan buat anda..

pemandangan di kala senja..sunset!



kejernihan air teluk Aqabah


kami naik glass boat,pergi dekat je dengan kapal besar ni hehe



Selesai sudah 4 tahun pengajian saya di peringkat ijazah sarjana muda..Sekarang sudah layak bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Shariah,Ekonomi dan Perbankan Islam!!..Secara fizikal,lahiriah, saya sudah layak memegang title itu..Tapi secara mental,batiniahnya,adakah saya benar-benar layak??Persoalan ini selalu bermain dalam benak fikiran saya..Mampukah aku menghadapi cabaran dalam kerjaya nanti?tegarkah aku berhadapan dengan masyarakat Malaysia yang dahagakan ilmu itu??Kadang-kadang rasa nak tinggal je kat Jordan ni,terus belajar dan belajar..Tapi bila difikir-fikir semula,sampai bila aku nak terus berada di sini..Aku perlu pulang ke tanah air,berikan sumbangan pada masyarakat..Martabatkan sistem perbankan Islam di Malaysia..Tanamkan kesedaran dalam masyarakat mengenai bahayanya riba,dosa riba,akibat makan harta riba..Riba,termasuk dosa besar,tapi ramai yang belum tahu mengenainya..Itulah antara tugas kami,graduan ekonomi dan perbankan islam..

Walaupun dah habis belajar,suka saya ingatkan diri saya,juga anda semua,belajar itu tiada had umur..Pelajaran itu bermula dari lahirnya kita ke dunia hinggalah hembusan nafas terakhir.Jadi,walaupun dah habis exam,still kena study lagi kan..Banyak lagi yang kena explore..Masa yang ada ni,gunakan sebaiknya..Dan pastinya kena la search lubang-lubang kerja yang kosong hehe..

InsyaAllah,majlis konvo kami pada 8 Jun ni..Bermula 3/7 pula kami akan mula praktikal di Bank Islam Jordan..Berdebar rasa nak kerja dengan orang Arab ni,tapi kalau tak cuba,tak tahu kan..Praktikal kami sebulan je,dr 3-31 Julai 2011..Dan akan pulang ke Malaysia pada Ogos 2011..InsyaAllah..Doakan kami ya,moga dipermudahkan segalanya..Amiin Ya Rabb!




Tuesday, May 10, 2011

Final Exam..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah agak lama menyepi..Bukan lupa nak menulis,tapi banyak perkara yang perlu diselesaikan,disiapkan..Baru-baru ni sibuk menyiapkan kotak-kotak kargo untuk dihantar ke Malaysia..5 kotak bukanlah sedikit..Mujurlah dari awal lagi dah mula mengemas..Kalau semua nak buat last minit,memang cari nahas la..Mana tak nya,nak kena beli barang,balut kotak,kemas barang-barang masuk dalam kotak,siapkan alamat..Penat jugak kalau nak buat semua sekali sekaligus..Tapi alhamdulillah,semuanya dah selesai minggu lepas..Moga kotak-kotak tu selamat sampai ke rumahku di Malaysia..

Sekarang,masa untuk bergelut dengan exam..Final Exam for the Final Semester!Fuh berdebar betul rasa..Dah nak grad dah..Dalam masa beberapa hari lagi,akan bergelar seorang graduan..Betapa beratnya membawa status itu..Tanggungjawab juga makin bertambah.,Saki-baki masa di tanah syam ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya!

Sekarang,tumpuan sepenuhnya akan diberikan kepada exam yg sudah dan bakal saya hadapi..Jadual exam saya:

1) 9/5/2011 : Tilawah al-Quran

2) 11/5/2011 : Ulum Askari (tenteng ketenteraan Jordan..Dahsyat kan kena belajar pasal keenteraan Jordan..Boleh jadi rakyat Jordan dah huhu)

3) 16/5/2011 : Tamwil wal Istismar fil Islam (Finance and Investment in Islam)

4) 17/5/2011 : Dirasat Jadwa At-Tijariyah wal Iqtisodiah wal Ijtima'yyah (Feasibility studies, business, economic and social)

5) 19/5/2011 : Mabadi' al-Iqtisod al-kulli (Macroeconomics)

6) 22/5/2011 : Masorif Islamiyyah (Islamic Banking)

Lepas tu...MERDEKA!!!hehe..tapi tak merdeka mana la jugak..Masih ada lagi tugasan yang menanti dan perlu diselesaikan..Saat ni,rasa rindu sangat Malaysia..Tak sabar nak jumpa family..Family pula akan bertambah 2 tahun ni..Moga saya akan dapat anak saudara yang comel-comel nanti hehe..

Apapun,tetap sayu rasa hati ni bile makin hari,makin sedikit masa saya di bumi barakah ni..Belum tentu lagi saya akan kembali memijak tanah ini..Harap-harapnya ade la rezeki nanti..

Ops,dah lebih masa ni..Buku memanggil-manggil dah tuannya nak suruh baca dia..Setakat ini dulu,doakan saya dan kawan-kawan sukses dalam exam ni,dan kami semua dapat grad dengan cemerlangnya..InsyaAllah,amiiin Ya Rabb!!Jumpa lagi selepas tamat final exam nanti!!Ma'assalamah! ^_^