Thursday, February 10, 2011

Kembara Bumi Kinanah

Assalamualaikum w.b.t..

Berakhirnya final exam sem 7,bermakna hanya tinggal satu sem lagi saya di tanah syam ni..Sedih la pulak..Namun apekan daya,hidup perlu diteruskan ye dak?bile dah habis exam,bermakna,cuti sem pun bermula!Awal-awal mase datang Jordan dulu,saya dan kawan-kawan dah rancang dah,ke mana destinasi kami setiap kali cuti sem..Almaklumla,kami hanya 2 tahun di sini,jadi kena manfaatkan cuti sem yang ada sebaiknya.Cuti sem yg pertama,kami menjelajah sekitar Jordan.Cuti sem kedua,kami je Syria.Dan cuti sem kali ini,kami akan ke Mesir.Tiket flight pun dah booking.Memang sengaja kami ke Mesir pada cuti sem bulan Januari kerana tujuan utama kami nak ke Mesir,nak pergi ke pameran buku,beli kitab.Faktor nilai matawang menjadikan nilai barang di Mesir lebih murah dari Jordan.So,apelagi,plan nak borong sakan la..Nak tau ape aktiviti kami di Mesir?Jom baca diari perjalanan saya dan 10 sahabat yang lain dalam entry kali ini..

15 JANUARI  2011

Harini saya dan kawan-kawan sibuk mengemas beg.Semua barang yang nak dibawa disenaraikan,takut tertinggal pulak.Kemas beg pun kena elok,tak muat nanti naya pulak.Nak bercuti 2 minggu kan,kena la bawa barang secukupnya.Malam tu,saya dan kawan-kawan serumah sibuk basuh kain,kemas rumah.Nak tinggalkan rumah biar la dalam keadaan bersihkan.Lepas tu memasak,untuk bawa bekal esok.Kami masak nasi,ayam masak merah berulamkan timun dan goreng bihun.Bukan ape,esok nak keluar pagi-pagi,takde rasa nak makan lagi..Nanti dah sampai airport mula la lapar..Time tu tak dapat la nak cari nasi..So,baik sediakan payung sebelum hujan,sediakan nasi sebelum lapar hehe..Malam tu agak lewat tidur..Dah pukul 1 pagi baru selesai semuanya,baru boleh tidur dengan lenanya..



16 JANUARI 2011

Usai solat subuh,kami terus siap-siap packing makanan..Kemaskan beg buat kali terakhir dan bersiap..Bagi memberkati perjalanan kali ini,sebelum keluar,kami solat sunat dhuha dan solat sunat musafir..
Mengikut tentatif,kami akan berkumpul pada pukul 9 pagi di hadapan kedai Simsemah,sebuah kedai runcit yang tak asing lagi bagi pelajar Malizi.
.
Kami yang di Villa Amoura paling awal sampai..Lepas wida' dengan semua yang datang hantar,jam 10.00 pagi,coaster yang kami naiki mula bergerak menuju ke Queen Alia International Airport,Amman..Perjalanan lancar..

12.00 tengahari : Tiba di airport..Sampai di airport,kami terus solat zohor,kemudian makan bekal nasi 
yang dibawa..

1.05 petang : Check-in

4.00 petang : Berlepas ke Egypt menaiki pesawat AirArabia..





5.30 petang :Sampai di Airport Borg El-Arab..Perjalanan mengambil masa 1jam 30 minit..Untuk pengetahuan anda,waktu Jordan dan Mesir adalah sama.Jadi tak perlu la kami untuk tukar jam..

7.00 malam : Travel agent kami merangkap sepupu salah seorang sahabat saya bersama abangnya sudah menunggu sewaktu ketibaan kami..Kemudian,kami terus menaiki bas mini menuju ke Cairo,ibu negara Mesir..

10.30 malam : Tiba di Hayyu Asyir,Cairo..Kami akan tinggal disini selama tempoh jaulah kami ke Mesir kali ini..

Malam tu takde ape sangat yang best..masuk rumah,masing-masing ambil tempat,solat,makan kemudian tidur..Esok perjalanan kami menyingkap sejarah di bumi kinanah ini akan bermula..Jadi kena dapatkan rehat secukupnya..Selamat malam..Jumpe esok ye!











No comments:

Post a Comment