Wednesday, February 16, 2011

Kembara Bumi Kinanah 3

18 JANUARI 2011

Seawal jam 8.00 pagi,kami bertolak ke Fayoum.Harini hari kedua kami di bumi Mesir.Istilah Fayoum berasal dari kata Baiyoum yang beerti danau atau air. Terletak 105 km dari arah selatan Kaherah dan tempat ini merupakan lembah pertanian dan perkebunan yang cukup subur selain terkenal dengan perkebunan mangganya yang amat luas. Di kota inilah lahirnya peradaban Mesir kuno dan kota Menef (ibu kota Mesir pertama di masa pemerintahan Firaun) berada di sebelah utaranya. Puncak kejayaan kota ini ketika pemerintahan Firaun lll dan Firaun lV. Di sini juga Allah Taala menguburkan Qarun beserta seluruh harta kekayaannya. Di antara tempat-tempat menarik di Fayoum yang mesti dikunjungi adalah: Tasik Qarun, Kinci Air, Syalalat (Air Terjun), Kebun Mangga, Ain Sillin (Mata Air),Istana Qarun dll.Perjalanan dari Keherah memakan masa selama 2 jam.

Tepat jam 10.00 pagi,kami tiba di daerah Fayoum.Di kiri dan kanan jalan yang kami lalu penuh dengan pelbagai jenis tanaman hijau.Sejuk mata memandang.








Destinasi pertama kami adalah ke syalalat(air terjun).Wadi ar-Rayyan.Sepanjang perjalanan ke syalalat ini,mata kami dihidangkan dengan pemandangan gurun padang pasir yang sangat indah.Kelihatan bukit-bukit pasir yang halus,dan sang mentari bersembunyi di celah-celah bukit pasir itu.Pemandangan gurun padang pasir di Mesir lebih cantik berbanding di Jordan.Kalau di Jordan padang pasirnya banyak batu,berlainan di Mesir,kelihatan pasirnya sangat halus,lebih real macam yang tengok dalam tv!hehe








Setelah membayar tiket masuk sebanyak USD3,tramco yang kami naiki terus bergerak menuju ke syalalat.Di pertengahan jalan,kami mengalami sedikit kesulitan.Tayar tramco terlekat dalam lumpur!
Disebabkan hujan pada hari semalam,tanah menjadi lembik.Dan sememangnya jalan menuju ke syalalat ini sengaja tidak diturap.Atas alasan ape,saya pun tak tahu.Tapi kawasan ni di bawah jagaan kerajaan tempatan.Mungkin mereka ada sebab tersendiri.

Maka bertungkus-lumuslah Ammu Ramadhan(pemandu tramco) menggerakkan tayar tramco yang terlekat tu.Kami semua dah cuak dah,masing-masing beristighfar.Mungkin ini ujian untuk kami hari ni.Akhirnya tramco berjaya digerakkan,Alhamdulillah!Kesian Ammu Ramadhan,haus dah tayar tramco dia.kami semua gembira sangat la bila tramco dah boleh gerak.Tapi musyrif kami cakap,Ammu Ramadhan tak nak pergi ke syalalat tu,tak nak ambil risiko,jadinya tak jadi la kita ke syalalat harini.Tuhan je yang tau betapa hampanya kami.Kemudian ustaz mushrif mintak kami bincang dulu.Ada yang bagi cadangan tak payah pergi,ganti ke tempat lain.Bincang punye bincang,akhirnya kami ambil keputusan untuk pergi juga,jalan kaki,sanggup kotor kasut.Alang-alang dah sampai,baik penat sikit,kotor kasut,nak datang lain kali tak tau bila kan?Bila kami bagitau yang kami nak jalan kaki,Ammu Ramadhan kata tempat tu jauh lagi,tapi kami degil,nak pergi jugak.Akhirnya ustaz-ustaz mushrif pun ikut la kata kami.

Baru je jalan sikit,tiba-tibe ade sebuah pick-up lalu.Bila tengok kami ramai-ramai jalan kaki,perempuan pulak tu kan,dia pun pelawa la kami naik.Pucuk dicita,ulam mendatang!Alhamdulillah,ada jugak orang nak tolong.Ape lagi,kami pun pakat-pakat naik la.Seronooook naik ramai-ramai.Teringat pulak naik pick-up kat wadi Rum dulu.Cuma bezanya kali ni kami naik berdiri!Best kan hehe.Sambil menikmati pemandangan gurun padang pasir yang luas terbentang.


Setibanya kami di syalalat..Subhanallah,Maha Suci Allah yang menciptakan makhluk-makhluknya.Penuh keajaiban.Sebuah air terjun di tengah padang pasir!Tak pernah saya bayangkan sebelum ni.







cantik kan air terjun ni...


Seterusnya kami ke istana Qarun.Dikiri dan kanan jalan penuh dengan kebun dan dusun.










kebun tamar (kurma)


Perjalanan ke istana Qarun ini kita perlu melalui kampung penduduk di situ.Lahir perasaan sedih dan kasihan melihatkan kehidupan mereka.Sangat dhaif dan pastinya mereka dihimpit kemiskinan.Hati mula bertahmid,syukur dengan kurniaan Allah pada diri,namun manusia sering lupa,sering berasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.Sesungguhnya golongan yang sedikit itu adalah golongan hambaNya yang selalu bersyukur padaNya.Astaghfirullah!Betapa alpanya aku...

Tidak sampai berapa minit pun,maka sampailah kami ke qasar(istana) Qarun.Menurut cerita pak cik arab yang ditugaskan di situ,sebenarnya yang tinggal ini hanyalah ma'bad(tempat ibadat) Qarun sahaja.Istana dan segala harta bendanya telah Allah hancurkan dan lenyapkan dari muka bumi ini.














inilah yang dikatakan tempat ibadat Qarun

Destinasi seterusnya adalah Tasik Qarun.Sepanjang perjalanan ke syalalat tadi mata kami tak lepas dari melihat tasik ini.Sangat besar dan luas!Subhanallah!





saujana mata memandang..seakan laut..menunjukkan betapa luasnya tasik ini..





Tasik ini menjadi bukti keangkuhan Qarun dan kekuasaan Allah s.w.t

Menurut lagenda yang masyhur di daerah ini,tasik ini pada asalnya merupakan istana Qarun,dan Allah telah menenggelamkan segala hartanya disebabkan oleh kekufurannya.Keluasan tasik ini seluas 55,000 hektar.Peristiwa ini berlaku disebabkan oleh keingkaran Qarun untuk membayar zakat.


Ada yang cuba menyelam ke dalam tasik ini untuk mencari harta Qarun,tapi tidak menjumpai apa-apa.Ramai juga yang bertanya,kenapa tak jumpe harta Qarun dalam tasik tu.Agak-agak anda la,kenapa ye??Para masyaikh mengatakan bahawa,harta dan istana Qarun bukan setakat ditenggelamkan sahaja,malah diterbalikkan ke dalam perut bumiJadi yang tinggal hanyalah air.Sebab itulah cubaan untuk mencari harta Qarun di dalam tasik ini gagal.Wallu a'lam.


Melihat keluasan tasik ini,pasti anda dapat bayangkan betapa banyaknya harta Qarun kan??Ada yang kata,untuk membawa kunci-kunci gudang sahaja,sebanayk 100 ekor unta diperlukan.Tapi kita perlu ingat,sebanyak mana pun harta kita,segalanya adalah milik Allah.Dia berhak memberi dan mengambilnya bila-bila masa sahaja.Oleh itu,janganlah kita lalai,riak dengan harta dan kekayaan yang kita miliki.Sesungguhnya harta itu adalah kelebihan dan ujian buat kita.Kemiskinan juga adalah ujian.Segalanya berbalik pada kita bagaimana nak menghadapi kedua-dua situasi tersebut.Andai tangan sudah erat berpegang pada ajaran Al-quran dan As-Sunnah,insyaAllah kheir.




Seterusnya kami ke kebun mangga.Kebun mangga ini merupakan yang terbesar di Mesir seterusnya di benua Afrika,juga dikenali sebagai pengeluar mangga terbaik.Sayangnya mangga hanya ada pada musim panas,tapi sekarang musim sejuk.Tak ada rezeki la untuk merasa mangga yang manis tu huhu..Di dalam kawasan kebun mangga ini terdapat 'Ain Sirliyyin',mata air yang kaya dengan mineral dan baik untuk melawan asid gastrik.Kami makan tengahari dan solat jama' zohor dan asar di sini.


Destinasi terakhir kami adalah ke kincir air Nabi Yusf a.s. Ia merupakan salah satu punca pengaliran air yang tertua di Fayoum. Menurut cerita masyarakat setempat bahawa kinci air di Fayoum ini telah digunakan sejak lebih 4000 tahun yang lalu lagi iaitu sejak zaman Nabi Yusof A.S.Sebab tu orang panggil kincir Nabi Yusuf a.s..Pada asalnya terdapat 200 kincir air,tapi sekarang hanya tinggal 3 je,boleh tengok kat  tengah-tengah bandar Fayoum ni.Tapi masa kami pergi tu kincir air ni sedang dibaiki,jadinya tak dapat la tengok secara live ianya berfungsi.


3 kincir yang terdapat di tengah bandar fayoum


















sebahagian bandar fayoum






Sempat snap 2,3 gambar,kami pun bergerak pulang ke Kaherah.Semua dah penat,maka sunyi la tramco kami hehe.Tepat jam 10.00 malam kami tiba di Hayyu Asyir,Kaherah.Sambung cerita esok ye.Selamat malam!







No comments:

Post a Comment