Friday, February 11, 2011

Kembara Bumi Kinanah 2

17 JANUARI 2011


Hari ini adalah hari pertama kami di bumi Mesir ini..Hari ini kami akan jaulah maqam sekitar Kaherah..Sebelum keluar kena la isi perut dulu kan..Nanti ade pulak yang kena gastrik..Pagi tu kami dapat sarapan Nasi Lemak Special!






Nampak menyelerakan kan?hehe

Selesai bersarapan,jam 9.30 pagi,kami menuju ke Darrasah, ke maqam Sheikh Soleh al-Ja'fari..


Hari pertama di bumi barakah ini,iman kami mula diuji..Sebaik saja tiba di Darrasah,hujan mula turun..Nak kata lebat,tak jugak,nak kata renyai pun tidak..Sederhana jelah..Tapi sedikit sebanyak melambatkan perjalanan kami..Di maqam Sheikh Soleh al-Ja'fari,kami tidak dibenarkan masuk dengan memakai kasut..Kami diarahkan untuk menanggalkan kasut di pagar,kemudian masuk berkaki ayam ke maqam..Melihat keadaan tu,kami tak sanggup nak masuk..Macam mana nak masuk kalau kena pijak lantai yang basah?Basah la stoking kami!..Lagipun pelawat memang tidak dibenarkan masuk betul-betul berhampiran maqam,hanya boleh tengok dari  luar tingkap sahaja..Jadi kami semua ambil keputusan tak nak masuk..Kemudian,Ustaz Taufiq,mushrif kami menceritakan serba sedikit mengenai Sheikh Soleh al-Ja'fari ni..


Beliau merupakan ulamak Azhar dan ulamak tasawwuf tariqah Ja'fariyyah..Beliau berasal dari Sudan,berketurunan Rasulullah s.a.w..Beliu telah dianugerahkan Syahadah Al-'Alamiyyah kerana mahir dalam segala bidang ilmu..Hebat kan?










Maqam Sheikh Soleh al-Ja'fari




Kemudian kami ke al-Husain..Disini terdapat Masjid Saidina Husain dan maqamnya..Dikatakan disini terdapat kepala Saidina Husain yang terkorban dalam perang Karbala..Manakala jasadnya berada di Syria..Di sini juga terdapat athar Rasulullah s.a.w seperti pedang,rambut dan lain-lain..Sayangnya hanya sheikh-sheikh besar sahaja boleh masuk melihat athar Rasulullah ini..Untuk pengetahuan anda,lokasi al-Husain ini berdekatan dengan Jami' al-Azhar..






 sekitar al-Husain..tempat ini sangat terkenal sebagi pusat membeli belah cenderamata untuk di bawa pulang ke tanah air..kawasan ini akan mula 'hidup' menjelang waktu malam..berhampiran kawasan inilah terdapat Masjid Saidina Husain..



















Maqam Saidina Husain a.s







Pejabat pentadbiran al-Azhar,berdekatan dengan al-Husain...




Seterusnya kami ke maqam Sheikh Hanafi as-Syuzuli di Masjid Sultan Hanafi as-Syuzuli..Beliau juga merupakan ulamak tasawwuf,berketurunan Saidina Abu Bakar r.a..Tapi kan,kenapa masjid ni diberi nama masjid Sultan Hanafi??Nak tahu kenapa??sebab,gelaran sultan tu diberi pada Sheikh Hanafi kerana beliau merupakan ketua para ulamak selepas zaman tabi' tabii'n..Antara karamah yang dikurniakan pada Sheikh Hanafi ini adalah,apabila beliau mengajar,suaranya akan dapat didengari dalam jarak yang jauh..














Maqam Sheikh hanafi as-Syuzuli



Berhampiran maqam beliau terdapat sebuah perigi..Ada kajian mengatakan bahawa kandungan air perigi ini lebih kurang macam kandungan air zam-zam..Subhanallah!Betapa Allah memuliakan hambaNya yang bertaqwa..


Telaga yang dikatakan karamah Sheikh Hanafi..Kami tak lepaskan peluang untuk rasa air telaga ni..Subhanallah!Memang tak dinafikan,rasanya seakan-akan air zam-zam!


Kemudian kami ke maqam Saiyidah Zainab..Beliau merupakan adik beradik Saidina Husain,anak kepada Saidina Ali r.a,cucu Rasulullah s.a.w..

Maqam Saidatina Zainab...


Seterusnya kami ke maqam Saidatina Ruqaiyah..Beliau merupakan adik beradik Saidina Husain..


Maqam Saidatina Ruqayyah...


Kemudian kami ke maqam Saidatina Nafisah..Beliau lahir pada rabiulawal 145H di Makkah..Ayahnya Saidina Husain al-Anwar..Merupakan cicit kepada Saidina Hassan..Beliau datang ke Mesir pada malam 27 Ramadhan tahun 193H..Ketinggian ilmu Saidatina Nafisah terserlah apabila ulamak dari segala cabang ilmu datang berjumpa dengannya,termasuk Imam as-Syafi'ie..Beliau tinggal di Mesir selama 6 tahun sahaja..Antara karamah beliau adalah,beliau telah mengorek sendiri liang lahad untuk disemadikan jasadnya selepas meninggal dunia..Beliau sering berpuasa dan berdoa agar Allah mencabut nyawanya dalam keadaan dirinya berpuasa,dan Allah telah mengkabulkan doanya..

Antara aqwal  saidatina Nafisah: Orang yang solat 2 rakaat yang khusyuk lebih baik berbanding orang yang solat 10 rakaat tetapi tidak khusyuk..




Perjalanan kami diteruskan lagi ke maqam Imam Asy-Syafie..

Nama sebenarnya Muhammad bin Idris bin Al-Abbas bin Utsman bin Syafie bin Ubaidbin Abdu Yazid bin Hasyim bin Al-Muttali bin Abdul Manaf. Beliau bertemu nasabnya dengan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam pada Abdul Manaf..




Beliau bergelar Nashirus Sunnah (pembela hadis), keranakegigihannya dalam membela hadis dan komitmennya untuk mengikutisunnah Nabi Sallallahu 'alaihi wassalam

Imam Al-Baihaqi menyebutkan, "Imam Asy-Syafie dilahirkan di kota Ghazzah, kemudian dibawa ke Asqalan, lalu dibawa ke Mekah.
 Ibnu Hajar menambahkan, "Imam Asy-Syafie dilahirkan di sebuah tempat bernama Ghazzah di kota Asqalan. Ketika berusia dua tahun ibunya membawanya ke Hijaz dan hidup bersama orang-orang keturunan Yaman kerana ibunya dari suku Azdiyah. Ketika usia 10 tahun, beliau dibawa ke Mekah kerana khuatir nasabnya yang mulia akan lenyap.Maka bermulalah pengembaraan ilmu Imam Asy-Syafie.



Imam Syafie mengambil ilmu dari para ulama di berbagai tempat misalnya di Mekah, Madinah, Kufah, Bashrah, Yaman, Syam dan Mesir.
Imam Asy-Syafie kembali ke pangkuan Ilahi pada tahun 204H di Mesir..

maqam Imam Asy-Syafie..Tiang berhampiran maqam ini dikatakan tempat Imam Asy-Syafie bersandar semasa beliau mengajar.. 
















Di tempat yang sama,terdapat maqam Sheikh Zakaria al-Ansori.Beliau merupakan anak murid kepada Imam Asa-Syafie.


 maqam Sheikh Zakaria al-Ansori



Kemudian kami ke maqam Imam Hasan al-Banna..




Perjalanan diteruskan lagi ke maqam Sheikh ibn 'Athoillah as-Sakandari..Beliau merupakan ulamak sufi,meninggal dunia pada tahun 709H..


Dhorih Sheikh ibn 'Athoillah as-Sakandari



Selepas itu,kami ke dhorih Sayyid Abdullah bin Abi Jamrah.Beliau adalah penulis kitab Bahjatun-Nufus dan Mukhtasar Shohih Bukhari.Beliau berasal dari Andalus dan datang ke Mesir demi untuk mencari ilmu.Antara guru beliau adalah Sheikh ibn Athoillah As-Sakandari.




 dhorih Sayyid Abdullah Bin Abi Jamrah





















khalwah sayyidah Nafisah
Berhampiran dengan dhorih Sayyid Abdullah bin Abi Jamrah ini terdapat khalwah Saidatina Nafisah,tempat beliau bersendirian,bermunajat pada Yang Maha Esa.. 


Maka,berakhirlah jaulah maqam kami pada hari ini..Menurut Ustaz Taufiq,esok kami akan keluar dari bandar Kaherah,ke Faiyoum.Hmmm macam-macam dah terfikir dalam kepala ni.Macam mane ye Faiyoum tu huhu.Takpe,kita tengok esok ye.


Sebelum tu,saya nak ceritakan sikit pengalaman hari pertama kami di Mesir.Hari pertama ni memang banyak perkara yang berlaku.Ditakdirkan hari ini hujan.Tidaklah lebat,tapi hujan yang berterusan,jadi jalan agak lecak.Untuk pengetahuan anda,di Mesir dan Jordan tiada longkang.Sistem perparitan mereka memang sangat lemah.Kalau hujan tu,mesti anda boleh bayangkan bagaiman keadaannya kan?Tambah pula dengan keadaan Mesir yang penuh debu.Bila air bercampur debu....boleh bayangkan tak macam mana keadaannya.Maka habislah kasut-kasut kami yang semuanya masih baru dan putih-putih melepak.


Bila berjalan pula,ramai la mak cik-mak cik tua dan kanak-kanak yang datang meminta sedekah.Penjaga kasut di maqam pun sampai menangis minta sedekah dari kami.Memang terkejut la kami bila pak cik yang jaga kasut tu menangis.Kami cakap pada pak cik tu,kami ni tak ade duit Mesir.Tapi pak cik tu tak percaya.Makin kuat pulak die menangis.Panik jugak la masa tu.Almaklumla,hari pertama di Mesir.Musyrif kami pula takde masa tu.Kami kena ikut pintu muslimat.Sememangnya kami takde duit Mesir,belum tukar duit lagi.Akhirnya kami bagi jela duit dinar.Cepat-cepat ambil kasut dan keluar.


Pada mulanya kami merungut,kasut kotor,ramai orang minta sedekah,tapi segera beristighfar,ini bumi barakah!Cepat-cepat betulkan kembali niat.Buat pengetahuan anda,Mesir sememangnya bumi barakah.Segala yang terlintas di hati,apatah lagi yang terucap di mulut,cepat je jadi kenyataan.Jadi mulut dan hati kena jaga.Jangan sekali-kali bercakap sesuatu yang tidak baik,atau terfikirkan perkara-perkara yang buruk.Banyakkanlah doa yang baik-baik,InsyaAllah,cepat Allah kabulkan.


Sememangnya rakyat Mesir ramai yang miskin,hidup dalam kesempitan.Jadi,jangan lokek untuk bersedekah,tapi biarlah berpada-pada.Jangan sampai mereka cop orang Malaysia ni kaya-raya pula.Lain pulak jadinya nanti.Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima,tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.Renung-renungkan dan selamat beramal!


Nantikan entry yang seterusnya dengan kisah yang lebih menarik untuk hari-hari seterusnya kembara bumi kinanah 2011... ^_^















No comments:

Post a Comment