Sunday, February 27, 2011

Kembara Bumi Kinanah 4

19 JANUARI 2011

Harini,hari ketiga kembara di ardhul kinanah ini.Harini kami akan jalan-jalan sekitar Kaherah.Destinasi pertama kami adalah ke gerbang Al-Azhar,universiti tersohor di timur tengah.Sebut sahaja namanya,pasti orang akan tahu.tempat lahirnya alim ulamak,menjadi penyuluh umat agar melalui jalan yang terang.

Orang kata,tak dapat belajar disini,ambil gambar pun jadilah hehe.Setibanya kami di pintu gerbang ini,apalagi,masing-masing bersedia la untuk posing huhu..Untuk pengetahuan anda,di sini hanya terdapat kuliah handasah(engeneering),tibb(kedoktoran) dan dakwah islamiyyah.







gerbang al-azhar yang baru

Seterusnya kami ke tugu peringatan Anwar Sadat,bekas presiden Mesir yang mati dibunuh oleh tenteranya sendiri kerana kezalimannya.Di sini terdapat kubur beliau.Dari kecil lagi beliau bersekolah di sekolah tentera.Ramai di kalangan pemerintah Mesir terdiri dari kalangan tentera kerana sistem pemerintahannya yang mengikut sistem republik.Sebab tu la dinamakan Republik Arab Mesir.








Jam 10.30 pagi,kami menuju ke Masjid Rifa'ie.Masjid ini bersebelahan dengan Masjid Sultan Hasan.Masjid ini disiapkan dalam tempoh 40 tahun.








Bersebelahan masjid Rifa'ie ini terdapat masjid Sultan Hasan.Masjid ini sangat terkenal dengan madrasah 4 mazhabnya.Di dalam masjid ini ada 4 pintu madrasah,mengikut mazhab,Syafi'ie,Maliki,Hanbali,Hanafi.Masjid ini telah dibina dalam masa 4 tahun,direka oleh Husni Al-Basya.




Seterusnya kami ke Kubu Salahuddin al-Ayyubi,terletak di atas Jabal Muqattham,kubu terbesar dalam dunia Islam.Berhampiran kubu ini terdapat 2 masjid iaitu Masjid Muhammad Ali Pasha dan Masjid Nasir Muhammad Qalawoon.







Masjid Muhammad Ali Pasha






Di dalam kawasan kubu ini terdapat juga muzium polis dan muzium ketenteraan.






Di sini juga terdapat sebuah istana yang dinamakan Istana Jauharah.Ianya dinamakan dengan nama Jauharah bersempena nama isteri Muhammad Ali Pasha,Jauhara.Sudah banyak kali istana ini cuba dirompak sebab namanya Jauharah,orang ingatkan ade barang berharga kat dalam tu huhu..





Setelah 3 jam berada di kubu ini(tu pun x sempat jelajah habis),kaki dah lenguh,perut pun dah mula mainkan bermacam muzik,kami pun keluar dari kubu,bergerak menuju ke Hayyu Sabi',ke Restoran Rumah Kedah untuk makan tengahari(walaupun hari dah petang huhu).

Malam tu kami ramai-ramai serbu ke rumah Ustaz Fared,menikmati masakan enak lagi special Ustazah Ramiza.Juga meraikan ulang tahun kelahiran kakak(ulfa,anak sulung Ustaz Fared dan Ustazah Ramiza) yang ke 10.Selamat hari lahir kakak!





wiam yang tak duduk diam ;-)



nampak sedap kan??bukan setakat nampak,memang sedap sangat pun,tambah pulak dengan sambal tempoyak..fuuhh!memang liciiiiiinnnn hehe..kredit to Ustazah Ramiza ^_^


Sambil-sambil makan,borak-borak.Lepas makan bermain-main dengan si comel Ulfa,Wiam dan Aufa.Hampir jam 10 malam,baru kami beransur pulang.Balik rumah,dapatkan rehat secukupnya.Kita nak jalan jauh esok!




No comments:

Post a Comment