Friday, December 3, 2010

Pengenalan Terhadap Perbankan Islam...

Assalamualaikum w.b.t..




Entry pertama saya ini berkisar tentang asas-asas pemikiran dalam perbankan Islam..Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya, siapakah pengasas perbankan yang sebenar,orang Islam ataupun orang Eropah...??Bagaimana bank Islam mula wujud dan berkembang??
Apakah produk-produk atau aktiviti yang dijalankan oleh institusi perbankan berasaskan Al Quran da As Sunnah ini??
Untuk menjawab persoalan yang timbul di benak pemikiran anda,jom sama-sama kita telusuri susur galur kewujudan dan perkembangan perbankan Islam..

Perbankan Islam bersandarkan kepada 3 sumber rujukan utama iaitu:

  1. Al-Quran
  2. As-sunnah
  3. Qias dan Ijma'
Barat sering menguar-uarkan bahawa merekalah yang mengasaskan institusi perbankan di dunia,tetapi,kita sebagai umat Islam,jangan sesekali terpedaya..Hakikatnya, Islam adalah pengasas kepada kewujudan institusi perbankan di dunia,dan barat hanya meniru dan mencedok apa yang telah kita asaskan..

Berikut adalah contoh asas kepada kewujudan bank:

1) Wadi'ah Zubayr bin Al-'Awwam(khidmat simpanan)

Ibnu Saad mengatakan bahawa ramai yang datang kepada Zubayr dan meminta beliau untuk menyimpan wang mereka.Tetapi Zubayr tidak mahu menerimanya sebagai simpanan,tetapi meminta untuk menjadikannya sebagai pinjaman.
 
(( فيقول له الزبير: (( لا, ولكن هو سلف, أني أخشى عليه الضيعة
Erti:Tidak,tetapi jadikanlah ianya sebagai pinjaman,sesungguhnya aku takut ianya hilang atau susut.

Zubayr meminta kepada orang yang mengamanahkannya untuk menyimpan wang mereka supaya menjadikannya sebagai pinjaman dan bukannya simpanan..Ini kerana beliau takut wang itu akan hilang atau susut.Jumlah wang yang disimpan oleh Zubayr pada waktu itu mencecah 2,200,000 dirham,satu jumlah yang amat besar pada masa itu..

2 tujuan utama menjadikan wang simpanan sebagai pinjaman:
  1. Kebebasan untuk menggunakan wang yang disimpan dengan menisbahkannya sebagai pinjaman.
  2. Beri jaminan untuk dipulangkan dalam nilai dan kadar asal kepada pemilik wang atau depositor .
2) Sukuk Marwan bin Al-Hakim:

Telah tersebar luas 'sukuk barang' pada zaman Khalifah Umawi Marwan bin Al-Hakim.Sukuk ini mempunyai nilai tertentu untuk makanan asas(ruji) pada waktu itu di Dimasyq.

3) Sukuk/Cek Saiful ad-Daulah al-Hamadani

4) Money Exchange:
Kisah ibn Umar r.a yang menjual unta di Baqi' dalam dinar,tetapi menerima bayaran dalam dirham,dan menjual dalam dirham tetapi menerima dinar..
Maka Nabi s.a.w bersabda:(mafhumnya:tidak mengapa jika berbeza jenis duit,tetapi mestilah sama nilai iaitu berdasarkan rate pada hari berlakunya jual beli ,dan mestilah dalam satu majlis yang sama).




Perbincangan terhadap persoalan seterusnya akan menyusul kemudian..


Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..
Entry ini adalah hasil terjemahan dan pemahaman saya dalam subjek 'Fikr Masrofi' yang saya pelajari di universiti..
Jika terdapat kesalahan atau kekurangan,anda bolehlah membuat teguran ataupun penambahan..Segala teguran amatlah dialu-alukan untuk proses penambahbaikan penulisan dan pemahaman..Moga usaha kecil ini ada nilai di sisiNya..

juliyanaludin
villa amoura,
irbid,jordan..

No comments:

Post a Comment