Tuesday, March 22, 2011

Projek vs مشروع vs Project

Bismillahirrahmanirrahim...

Dirasat Jadwa,antara subjek yang saya pelajari semester ini,semester terakhir bergelar mahasiswi,InsyaAllah.dalam subjek ni,kami akan belajar cara2 macam mana nak buat projek ataupun bisnes.Saya belajar dgn Profesor Qasim Hammuri,seorang lecturer kuliah iqtisod(ekonomi) yang sudah berumur(pangkat ayah),yang pastinya pengalaman dan ilmunya juga luas setanding dengan umurnya.Sebelum ni dah tau,kalau belajar dengan Dr.Qasim ni,mesti kena buat projek.Kalau ikutkan,memang tak nak ambik dengan Dr ni,tapi semua kelas lain dah penuh,jadi redha jela.Mungkin ada hikmahnya..Ceewah hehe..

Sebelum ni Dr dah bagi tau,nanti kena buat group,dalam 4-5 orang untuk buat projek tu.Markah projek sebanyak 40 markah.30 markah assignment,10 markah presentation.Banyak tuuuu huhu.So kena la buat betul2 kan.Hari ni kami ditugaskan untuk sediakan malaf(fail),kena hantar hari khamis.Kena masukkan nama projek,ahli kumpulan dan muqaddimah.Lebih kurang macam nak buat bahas(assignment) jugak la.Cuma bezanya kitorang kena selalu jumpa Dr. tunjukkan setiap step yang dah siap,lepas tu,nanti bila dah siap sepenuhnya, kena buat presentation depan Dr.Mujur la dah belajar subjek Asalib Bahas( belajar cara nak buat assignment),sedikit sebanyak membantu untuk siapkan fail untuk projek ni.

Haa bila Dr dah keluarkan arahan suruh hantar,barulah nak buat hehe.Tapi tak pe,kalau ada kerjasama,semangat daripada setiap ahli kumpulan InsyaAllah boleh buat dan siap tepat pada masanya kan..

Jadinya kami mula la senaraikan projek2 yang dah ada dalam kepala masing2.Ada 4 projek yang tersenarai.1)kedai fotostat 2)butik pakaian 3)kedai coklat dan yang ke 4)Cybercafe...

Setelah diteliti baik buruk,untung rugi,keperluan dan modal mengikut kriteria yang kami dah belajar,akhirnya kami sepakat nak buka cybercafe di Malaysia.Dr bagi pilihan pada kami student Malaysia sama ada nak buat projek di Jordan atau Malaysia.Jadi kami pilih untuk buat kat Malaysia,lebih mudah rasanya.Tempat sendiri kan,maklumat lebih banyak berbanding tempat orang.

Cuma ada sedikit kelainan dengan cybercafe kami yang nak kami tubuhkan ni dengan cybercafe2 lain kat luar sana tu.Nak tau ape yang lainnya???Tunguuuu...Nanti kalau Dr dah approve projek kami ni,baru saya cerita.Saya harap Dr terima projek kami ni.Doa-doakanlah ye.. 




juliyanaludin
villaamoura
saat hujan turun membasahi bumi...



No comments:

Post a Comment