Monday, March 14, 2011

Kembara Bumi Kinanah 5

Assalamualaikum wbt..

Bertemu lagi kita dalam entry kali ini..Saya agak sibuk kebelakangan ini..Dengan Seminar Kewangan Islam,exam dan latihan bola jaring..Jumaat dan Sabtu lepas Seminar Kewangan Islam..Ahad dan Isnin exam, dan bermula Isnin,tiap-tiap petang saya turun ke court,tapi hampa,hanya berapa orang je turun untuk latihan bola jaring.Saya diberi tanggungjawab yang bagi saya agak berat,iaitu menjadi pengurus pasukan bola jaring Irbid untuk KARISMA(Karnival Sukan Masiswa) tahun ini..Pada mulanya agak berat untuk saya terima,namun saya tahu,Allah telah pilih saya..Kalau Allah yang pilih,bermakna Dia tahu kemampuan kita..Hanya 2 hari sempat turun ke court,hari Rabu dan Khamis hujan..InsyaAllah,hari ini akan turun ke gym Yarmouk untuk latihan.Saya harap sangat semuanya berjalan lancar.Tahun ini Irbid jadi tuan rumah,jadi kena usaha sehabis yang boleh untuk mkenjadi juara di gelanggang sendiri..

Alhamdulillah,selesai sudah 2 exam..Saya harap,saya dapat skor kedua-duanya,mendapat natijah yang cemerlang..Amiin Ya Rabb!!


Kembali kepada cerita perjalanan saya dan sahabat2 di Mesir..

KHAMIS   20 JANUARI 2011

Jam 8 pagi,kami bertolak ke Dumyat..Kalau dalam english Damietta..Menurut mushrif kami,perjalanan ke Dumyat akan mengambil masa selama 4 hingga ke 5 jam..Huh lamanya!tapi tu la kan,bukan boleh datang selalu..Kalau tak pergi kali ni,lain kali belum tentu boleh pergi kan..So, tak pelah kalau letih sikit..

Kami bersarapan kuih muih tradisional Malaysia,nyum nyum hehe,,memang sedap..Sepanjang perjalanan,kelihatan banyak kawasan pertanian..Saujana mata memandang melihat kehijauan tanaman-tanaman yang diusahakan penduduk tempatan..Susah tau nak tengok pemandangan macam ni kat Jordan..Kelihatan juga ternakan-ternakan seperti lembu dan kambing,juga paya dan tali air..Sejuk mata memandang..Rasa macam ada kat Malaysia!

Jam 12 tengahari,kami tiba di pintu gerbang Ra's al-Barr(رأس البر)..Kami sedikit teruja apabila melihat bandar Dumyat ini..Tiada sampah kelihatan,lebih bersih daripada Kaherah..Untuk pengetahuan anda,Dumyat terbahagi kepada 2,Dumyat Lama dan Dumyat baru..

Ra's al-Barr(رأس البر):Dibuka pada zaman Fathimiyyah,terletak di Dumyat Jadidah(baru)..Dikatakan di sinilah berlakunya pertemuan antara Laut Mediterranean dan Sungai Nil..Dan di sini juga dikatakan pengakhiran Sungai Nil yang tidak diketahui permulaannya(Waallahu a'lam)..

















Seterusnya kami ke Port Sa'id dan Port Fuad.Port ini terletak di luar daerah Dumyat.Sepanjang perjalanan ke port ini,kelihatan di kiri dan kanan jalan penduduk setempat menjalankan aktiviti harian seperti berniaga runcit,menjual sayur-sayuran,ikan dan lain-lain.Kecur liur bola tengok ikan,udang,sotong dan ketam yang segar-segar.Kalau kat Jordan memang susah la nak nampak semua ni.

Port Said berada di benua Afrika,manakala Port Fuad berada di benua Asia.Port Fuad terletak antara laut Mediterranean dan laut Merah.Port ini merupakan penempatan orang yang menggali Terusan Suez.

feri yang kami naiki



seronok tengok burung berterbangan,makan ikan










Kami menaiki feri dari Port Sa'id menuju ke Port Fuad.Dalam masa 10 minit,kami telah pun berada di benua Asia.Berada di 2 benua dengan perjalanan 10 minit!Hebat kan??hehe..Sampai saja di Port Fuad,kami patah balik,sekali lagi naik feri ke Port Sa'id,kembali ke benua Afrika..

Kemudian,kami mencari masjid untuk solat.Pengalaman mencari masjid.Lama sungguh nak jumpa masjid yang ada tempat ambil wudhuk.Untuk pengetahuan anda,tidak semua masjid di sini mempunya tandas.Ada juga masjid yang tandasnya perlu dikongsi oleh lelaki dan wanita!Jangan terkejut ye kalau suatu hari nanti anda ke Mesir dan berjumpa dengan masjid begini.Hal ini kerana orang Arab sangat menjaga wudhuk mereka.Tak perlu ambil wudhuk banyak kali.Kadang-kadang dari subuh kekal sampai isyak.MasyaAllah!Beza sungguh dengan kita.Cepat je expired air sembahyangnya huhu..Jalan punya jalan,cari punya cari,akhirnya kami tiba di masjid Taufiqi,sebuah masjid yang lengkap dengan tandas yang bersih.Selesai solat,kami berjalan-jalan di sekitar souq Dumyat,kemudian terus pulang ke Kaherah..



Bersambung kisah esok hari......











No comments:

Post a Comment