Saturday, March 19, 2011

Kembara Bumi Kinanah 6

JUMAAT
21 JANUARI 2011

Jalan-jalan Cairo..

Sambung lagi cerita saya di Mesir..Hari ni cuti..Jadinya kami jalan sendiri-sendiri je..Memandangkan kawan-kawan kami dah habis exam,so bolehlah ajak diorang ronda-ronda cairo..

Jam 11 pagi,baru kami keluar rumah sebab sarapan lambat sikit sampai..Hari ni kami akan rasa sendiri macam mana naik bas kat Mesir..Mula-mula naik ok la,tak ramai orang..Tapi lama-lama makin ramai orang,tapi ok la,tak la kena bersesak sangat sebab dapat duduk hehe..Kat Mesir,tak kisah kalau lelaki duduk sebelah perempuan,perempuan duduk sebelah lelaki..Kena jaga-jaga lebih la kalau ada lelaki arab duduk sebelah..Berbeza dengan di Jordan..Kalau di Jordan,konduktor coaster(sejenis bas kecil,boleh muat dalam 23 orang) akan susun penumpang..Kalau naik bas bertiket pun,diorang akan asingkan terus tempat duduk lelaki dan perempuan..Kiranya tak kan duduk sebelah lelaki la..Bagus kalau dipraktikkan di Malaysia kan...?

Kami naik bas menuju ke Masjid Sultan Hasan..Ala,masjid yang dah pergi hari tu..Ingat tak??saya dah cerita pasal masjid ni..Masjid yang ada madrasah 4 mazhab tuu..Haa dah ingat kan!bagus2 hehe..Haa nak tau kenapa kami ke masjid ni??Sebenarnya kami nak sembahyang Jumaat kat masjid ni..Di Mesir,dah jadi kebiasaan kaum wanita pergi ke masjid untuk solat jumaat bersama kaum lelaki..

Sampai di masjid,kami terus ambil tempat,mengisi masa dengan berzikir,tilawah dan sebagainya..Selesai solat,sempat kami bergambar kenang kenangan bersama sahabat-sahabat di Mesir..

Lepas tu,kami jalan-jalan di sekitar pasar Saiyidah Aisyah..Sempat juga beli buah limau Mesir yang teramat sedap,lemak manis disukai ramai!hehe..serius,tak tipu..sepanjang di Mesir,kami asyik makan limau je..Sedap dan murah..




Then,kami makan tengahari kat Abbas A'qad..Kami order Kusyari,nasi campur mee,أرز بالبن dan مهلبة(desert), makanan penduduk Mesir..Saya kurang berminat dengan kusyari ni..Tapi sebab dah lapar,sapu jela huhu..





kusyari


Kemudian kami jalan-jalan sekitar Abbas A'qad dan solat asar di masjid Sayyidah Zainab,satu-satunya masjid yang mempunyai tandas yang bersih di Kaherah,yang kami jumpa..

Usai solat asar,kami jalan-jalan pula di Junainah Mall,kemudian menaiki bas pulang ke Hayyu 'Asyir..






Malam tu,kami makan di Cairo Restaurant,milik orang Indonesia..Saya makan nasi dengan ayam panggang..sedaaaaappp hingga menjilat jari! ;-)



Nantikan esok,perjalanan untuk menawan puncak Sinai yang lebih mencabar!






No comments:

Post a Comment