Saturday, November 5, 2011

Mengimbas kenangan...

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim...

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kisah Nabi Yunus tajuk cerita,
Marilah bersama menghayatinya,
Jadikan pedoman hidup bahagia.

Di zaman dahulu,ada sebuah kampung bernama Ninawa.Penduduknya menyembah berhala,rajanya pula mengaku dia anak Tuhan.

"Wahai rakyat beta sekalian,hendaklah kamu menyembah beta!"

Haa,jangan pelik,sebenarnya ini skrip cerita saya semasa tahun 6 di sekolah rendah dulu untuk pertandingan bercerita.Tiba-tiba rasa nak kongsi pengalaman dan kenangan masa sekolah dulu.Bakat saya bercerita ni mula dikesan semasa saya tahun 4,bila sekolah buat pertandingan bercerita, tulisan jawi, tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran dan lain-lain lagi untuk cukil bakat-bakat baru.Pada mulanya saya memang tak yakin untuk masuk pertandingan.Tapi disebabkan cikgu dah pilih,terpaksa jugak la kan.Macam tak percaya,saya dapat tempat kedua dalam pertandingan tu.Tempat pertama tu kakak darjah 6 la yang dapat.Kakak tu memang dah pernah wakil sekolah.Jadi dari situ la cikgu-cikgu dan saya sendiri nampak bakat saya tu.

Tahun berikutnya semasa darjah 5,sepatutnya saya la yang jadi wakil sekolah untuk pertandingan bercerita Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon Perkasa.Tapi cikgu-cikgu nak bagi peluang pada budak darjah 6 tahun tu.Jadi saya tak jadi la wakil sekolah lagi masa darjah 5 tu.

Dan akhirnya,bila dah darjah 6,sampailah giliran saya untuk jadi wakil sekolah.Saya mula jadi wakil sekolah untuk peringkat Zon Perkasa.Alhamdulillah,kemenangan berpihak kepada saya.Kemudian saya ke peringkat daerah mewakili Zon Perkasa bersama 2 orang rakan.Rakan saya bercerita wakil lelaki dan tilawah perempuan.Pertandingan diadakan di SK Tok Sira Kuantan.Pada mulanya agak berdebar.Al-maklumla,saya ni budak sekolah felda je,pergi bertanding dekat sekolah bandar.Berdebar tu lebih sikit la.Alhamdulillah,dengan bantuan dan bimbingan guru-guru,saya dan rakan lelaki pertandingan bercerita berjaya merangkul tempat pertama.

Setiap hari Isnin,saya pasti diminta untuk berlatih bercerita di perhimpunan.Begitu juga bila ada majlis-majlis di sekolah seperti Mesyuarat Agung PIBG,saya akan diminta untuk membuat persembahan.Saya masih ingat lagi semasa buat persembahan di Mesyuarat Agung PIBG tu,saya ada ubah skrip cerita sikit.Tak tau datang mana idea tu,spontan je saya buat sampai satu dewan ketawa.Dan akhirnya cikgu suruh saya teruskan je dengan idea baru saya tu.Sememangnya latihan- latihan ni amat berkesan untuk hilangkan gugup ketika berdiri di hadapan orang ramai nanti.Kalau berdebar je,memang habisla lupa semua skrip2 huhu.

Menjadi satu kebiasaan,bukan semua orang suka dan sokong dengan apa yang kita buat.Ramai yang bising-bising pada saya.Diorang cakap,'orang sibuk buat persediaan nak UPSR,dia sibuk nak masuk pertandingan'.Sibuk bercerita,jadi wakil bola jaring sekolah lagi.Apa yang boleh saya buat,pekakkan telinga,fokus dengan apa yang saya nak buat.Mana tak nye, bila pertandingan dah dekat, guru yang melatih saya iaitu Ustazah Fatimah akan panggil saya untuk berlatih. Kadang-kadang beliau ajak saya tidur di rumahnya.Walaubagaimanapun,saya beruntung menjadi mentee guru besar, Cikgu Adnan Bae..Beliau sering bekalkan saya dengan latihan-latihan tambahan untuk saya buat di rumah.Di sekolah,saya akan fokus di dalam kelas dan latihan bercerita.Manakala apabila di rumah,saya akan mengulangkaji pelajaran dan membuat latihan-latihan yang dibekalkan guru.

Seterusnya saya menjadi wakil daerah Kuantan untuk ke peringkat negeri Pahang yang diadakan di Sekolah Seri Pekan,Pekan Pahang.Pada peringkat ini,saya perlu menghafal dan berlatih dengan 4 buah cerita kerana undian akan dibuat untuk menentukan cerita mana yang akan kita persembahkan.Memang satu cabaran yang besar la nak hafal 4 buah cerita tu.Malam sebelum pertandingan,undian dibuat.Alhamdulillah,saya syukur sangat-sangat ustazah saya dapat cabut undi cerita yang  dah pernah saya pertandingkan.Debaran mula terasa.Mana tidaknya,saingan sememangnya hebat-hebat belaka.Kebanyakannya yang dah pernah masuk ke peringkat negeri.Walau apapun,usaha mesti diteruskan.

Pertandingan bercerita akan diadakan di dataran jam di bandar Pekan.Dengar pun dah gerun.Mana tidaknya,pentas akan berada di tengah,dan di sekeliling pentas akan ada orang yang menyaksikan pertandingan.Saya menjadi peserta ke-3 pada malam tu,iaitu peserta ke-2 bagi kategori perempuan.Selesai je buat persembahan,fuuh lega rasanya.Saya tahu,malam tu saya tak buat yang terbaik,mungkin sebab ramai sangat orang,saya ada gagap sikit,terlupa skrip!mujur dapat cover balik.Tapi saya dah cuba sebaik mungkin,lepas tu saya tawakkal jela.

Hari terakhir merupakan hari peyampaian hadiah dan hari penentuan siapa yang akan mewakili negeri Pahang di peringkat kebangsaan.Alhamdulillah,walaupun tak dapat ke peringkat kebangsaan,saya berjaya dapat tempat ketiga.Sebenarnya ada hikmah jugak saya tak menang kan,sebab masa tu memang dah dekat dengan UPSR.Dan lepas tu saya tumpukan sepenuh perhatian untuk persediaan UPSR.

Di Hari Penyampaian Hadiah Kecemerlangan...

Semua murid yang telah menduduki UPSR,pastinya berdebar-debar dan tak senang duduk kerana keputusan UPSR juga akan sampai ke sekolah pada hari ini.Kami dimaklumkan,ada sorang yang dapat 5A(memang dah boleh agak sape,kawan saya yang memang kami dah terget) dan 4 orang dapat 4A 1B(ini yang menjadi tanda tanya pada semua orang).Cumanya saya tak target yang saya termasuk dalam 4 orang ni sebab ramai lagi kawan-kawan lain yang saya target akan dapat 4a tu.

Dan akhirnya keputusan diumumkan..Memang amat terkejut bila nama saya diumumkan mendapat 4A 1B!!Alhamdulillah,syukur sangat-sangat.Tak sia-sia apa yang saya buat selama ni.Pada hari tu juga,saya diberi penghargaan dalam Anugerah Khas,Tokoh Kokurikulum kerana berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri.Kejayaan saya pada masa tu membuktikan,aktif dalam kokurikulum tak bermakna akan kecundang dalam kurikulum.Apa yang penting,pandai bahagikan masa.Semua tu akan jadi nilai tambah pada kita.

Bakat yang ada diteruskan lagi di sekolah menengah,cuma agak slow sedikit..Suasana pun dah berbeza kan..Menjadi kebiasaan la,peluang akan diberikan pada senior.So tunggu la giliran ye huhu.Masa form 5 saya mula aktif kembali,dah sampai turn kan.Mula aktif dalam bola jaring dan syarahan agama.

Dan sekarang,saya masih merindui zaman persekolahan yang penuh kenangan indah.Memang patut la orang kata zaman persekolahan zaman terindah kan.Jadi pada yang masih sekolah atau belajar di mana-mana, manfaatkanlah segala peluang yang ada di sekeliling kita.Semua tu akan jadi added value pada kita yang mungkin tiada pada orang lain dan pastinya sangat berguna untuk kita kelak.

Pengalaman sebulan setengah menjadi guru ganti dapat mengimbau kembali kenangan saya ketika di sekolah dulu.Cuma bezanya, budak-budak sekarang lebih aktif dan proaktif berbanding zaman saya dulu.Semestinya la kan seiring dengan perkembangan dunia dan teknologi.Cuma harapnya,jangan la ambil yang negatif tu.Manfaatkan apa-apa yang positif.Melalui pengalaman saya,saya dapat buat satu konklusi.Sememangnya bukan mudah untuk menjadi guru,dan sememangnya tugas guru teramat mulia.Tahniah pada yang bergelar guru dan pendidik! 

Di kesempatan yang ada ni,saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua.Kullu 'Aam wa Amtum Bikheir!Moga anda baik-baik selalu dan sentiasa dalam rahmat dan kasihNya..

Sehingga bertemu lagi dalam entri akan datang...

Wassalam...



No comments:

Post a Comment